Dalam telapak hati kau
kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.
dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis, kau hulurkan.
sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang, layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?
Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku, penuh?
Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".
ku begitu tertarik dengan puisi yang ku perolehi dari blog yang kukunjungi..
untuk kawan kawan yang kita suka-zahiril adzim..
apa yang cuba disampaikan memerlukan pemahaman yang sangat mendalam..
cuba lihat dan fahami sendiri puisi yang ditulis olehnya "dalam telapak hati kau"..
ku sungguh tertarik dan maksudnya sanggat mendalam..
keep it up zahiril..:)
inilah zahiril adzim..ya ku mmg suka pada lakonannya sejak mula muncul di kami di series dulu..bukan kerana apa hanya kerana lakonannya.. :P lantak lah orang nak ckp apa pun ku dah terminat..:) dia comel ok? :D
No comments:
Post a Comment