Saturday, June 12

Antara Kita

Antara kita,
Tak perlu hancur,
Hanya kerana sikap,
Dan ketidakpedulian.

Antara kita,
Tak perlu putus,
Hanya kerana dengki,
Dan cemburu orang.

Antara kita,
Tak perlu hilang,
Hanya kerana benci,
Dan busuk hati insan.

Antara kita,
Tak perlu pergi,
Hanya kerana rasa kononnya sayang,
Tapi sebenarnya menyeksa.

Antara kita,
Tak perlu mati,
Hanya kerana silap,
Dan salah sahabat.

Dan antara kita,
Tak perlu lari,
Hanya kerana ketidakmatangan,
Dan lelah bejat adab yang lain.

Yang perlu,
Lapang dada.
Maaf.
Maaf dari sorga.

taken from Syed Putra Iqmal..
baca dan fahami lah..

No comments:

Post a Comment