Thursday, September 16

Ruang





Aku kini dengan dunia aku, aku tak punya cukup ruang untuk bernafas, sempit perit letih,
aku tak punya kekuatan, aku semakin lelah resah dengan ruang yang sempit, aku perlu mencari ruang yang semakin  mencicit-cicit lari tanpa aku sedar, 
semakin sempit ruang ini semakin sempit.. 
usah peduli apa yang hendak mereka luahkan, mereka tidak merasa, nyahkan saja semua propaganda cacian makian teruskan saja mencari ruang. 
ya, salahkan semuanya pada aku ! letakkan semuanya di kepala kecil yang terus disumbat muatan yang berganda beratnya..
aku tetap mahu cari ruang itu..
usah kau cuba halang niatku.
aku perlukan ruang itu.
ruang untuk aku terbang berlari menari melompat berkejaran selagi aku masih punya waktu untuk itu. 

1 comment:

  1. ruang itu xsempit.tidak berpenjara,cuma anda je claustrophobic.U should talk wiz z doctor.:)

    ReplyDelete