Tuesday, November 30

Tiba-tiba

Sekarang menunjukkan pukul 2.00 am. Macam biasa lah mata aku ni macam burung hantu lah bulatnya dan segarnye. Tak mengantuk langsung. Padahnye bila dah selalu sangat tidur lambat. Haa padan lah dengan muka sendiri kan. Dah tak boleh tidur ni apa lagi kerja aku, mesti lah On apa? Onlinee.. pandai kawan-kawan. HAHA. Memang online jee lah, on FB, dah reply comments, tgk profile pictures org yang baru update, tgk status, dah puas stalk org.. opppsss terlepas pulak. Tu kerja sambilan je mase2 renggang time cuti2 ni kan nak tahu update2 gossips2 semasa. Ahhh macam kau tak buat jugak kan? :D *ayat nak cover camtu lah* HAHA.

Macam mana nak bagi tidur ni, makan dah, tgk tv pun dah, dgr lagu-lagu dah jugak, movie marathon takyah sebut lah. Bayangkan lah korean series yg berbelas episodes tu pun aku boleh ulang tayang dalam mase sehari jee. Gila kronik dah ni. Bace novel tahap jiwa-jiwa kapas pun dah layan. Pergh sedih je bace. Haha. So ape lagi kat diary alam maya ni gak lah aku gi. Nak tulis diary buku tu aku dah malas nak tulis, lagipun karang mesti aku sorok bawah katil ke dalam drawer penuh baju2 ke, bawah carpet ke mesti kantoi je dengan tiah or along. Pastu ape lagi kene bahan. Ish fed up lah nak tulis diary dah. Nak kene sorok lagi satu hal. Untuk langkah keselamatan baik takyah. Susah kalau ada mama juwie kat rumah ni. Haha. *kalau sape yang taktahu mama juwie tu apa, sila google eh, tu pun kalau ada lah info pasal dia.* :D

Tiba-tiba.. eceeh baru nak masuk title post sebenarnye kan..mukadimah mcm haram taknak panjang lah pulak kan..haha. kene lah ada intro sikit baru masuk body paragraph then baru lah ada conclusion kan? kalau tak nnt jadi lah essay yang tergantung yang menyampah utk dibaca walaupun cepat untuk disemak. erk apa ni. haha. ok back to tiba-tiba.. tiba-tiba..

*bape banyak kali tiba-tiba ni?* haha.. 

ok tiba-tiba aku macam terindu dekat sorang kawan ni. Terrindu.. imbuhan tak boleh blah kan? haha ye lah secara tak sengaja terindu pulak dekat sorang kawan aku ni. herm. dia takde lah lama sgt kenal. baru je lah dalam this year. kenapa terindu? bagus soalan tu.. next? hahaha. sebab rindu dia macam agak lama tak bergelak ketawa dan berkongsi cerita sama-sama. Rindu pulak nak dengar dia nyanyi, nak dengar dia bercerita, dengar dia bagi teka teki, dengar dia kelam kabut lari nak menyorok dari terkantoi bergayut. HAHA. Siapa dia? shhhh rahsia..  :) Dia antara orang yang banyak tahu rahsia aku sebenarnye. Itu pun kalau dia sedar lah. Dia ada jugak pernah ckp 

"dah tahu sebahagian cerita hidup u dah ain." 

oh okay, banyak jugak aku dah cerita dekat dia rupanya. Mesti bosan dah kan? HAHA Ingat lagi masa kene saman dengan pak guard because masuk mahallah lambat padahal tak lambat mana pun lah, mmg tengah stress time tu..bayangkan lah dah kene saman kali ke-4..pfttt taknak banyak pulak saman tu kan. Stress mmg takyah ckp lah. So dia ni lah yang bagi aku gelak time aku stress gila time tu. HAHA. Tu adalah di antaranya lah, banyak lagi benda yang dia buat bagi aku gelak.

Tapi lately dah jarang dah communicate dengan dia. Maybe dia busy or ada problems ke ape ke kan. So macam agak dull jugak lah life since dia dissapeared kejap. And td dapat a text from dia ckp the reason why dia hilang kejap. So mcm okay. HAHA. 

Sebenarnye macam dah hilang idea nak tulis apa td macam banyak je benda nak tulis kat sini tiba-tiba hilang pulak. HAHA. tp isi penting ada lah kat atas ni kan. Kalau rase boring dengan post ni sorry lah eh walaupun title "tiba-tiba" tu mcm ada unsur2 suspense tapi mcm mendap pulak rase cerita ni kan. Sape suh bace sampai habis. Padan Muka ! lain kali jangan terpedaya ngn title post ye. :D

Kepada dia: Sorry eh kalau kadang-kadang tahu saya ni memboringkan, saya ni tak pandai sgt nak buat lawak gila-gila, lawak-lawak gediksantai pun kurang. nnt saya baca komik gila-gila banyak2 eh. :) Sorry jugak sbb mcm banyak cerita kisah hidup ni. Mesti stress je pehal minah ni byk betul cerita kan. And and sorry banyak susah kan mintak tolong itu ini. And sorry jugak for everything. Jangan jadi chipsmore jugak tau. :) 
Friends for eternity yea. :)




Ini lah Dia. Oppss silap ini Vallentino Rossi. :D

*tak terasa mcm banyak HAHA ke dalam post kali ni? Kaaan? Jadi dengan ini saya isytiharkan Hari Gelak Sebentar Bersama Ain* HAHAHAHA.* 



No comments:

Post a Comment