Wednesday, December 29

Marah Marah Marah Memang Marah.

Ye ! Aku memang tengah marah! Marah Sangat! tapi sebelum tu, tahniah kepada skuad Malaysia yang telah berjaya memenangi Piala Suzuki Cup! Sangat bangga menjadi warga Malaysia!

Okay, sudah berbicara pasal bola. Sekarang pasal aku pula. Aku marah, sangat marah! Sila ambil perhatian. Aku jarang marah, jarang sekali, boleh saja tanya pada yang rapat dengan aku. Mereka cukup kenal dengan aku. Aku marah bersebab. Sebab apa? Sebab aku telah disalahkan dengan kesalahan yang bukan datang dari aku.

Kau boleh terus-terusan menyalahkan aku padahal kesalahan itu semua datang dari kau. Kau minta aku berfikir, cukup dalam aku fikir, dalam sekali, lebih dalam dari apa yang kau sendiri boleh capai. Kau menyalahkan aku supaya kau dapat menutup lubang lubang busuk yang kau sendiri cari ,kau sendiri gali. Kau tak perlu susah-susah nak menimbus apa yang kau telah buat dengan menyalahkan aku. Aku dah muak. Kau faham dengan muak? Jadi boleh tolong pergi jauh-jauh dari aku? Maaf, maaf dari kau aku susah nak terima. Maaf yang kau sendiri tak tahu apa maksudnya. Cuba cari maksud MAAF sebelum kau gunakan perkataan itu untuk melembutkan aku. Maaf buat kau, aku bukan lembut lembik macam yang kau pernah nampak dulu. Masa mengajar manusia bukan melemahkan manusia. Ingat itu ya. Kalau itu cara kau mahu berbaik, maaf sekali lagi aku tak terima. 

Sila cari kesempurnaan yang kau dulu cari yang kau dulu impikan. Bukan pada aku yang pasti.


Jangan bagi aku ubah jadi warna hijau boleh?

2 comments:

  1. kau sgt la jarang marah wehh! huhu ni mesti huge punye kes. saba weH. esok cerita.haha

    ReplyDelete
  2. kaaaaaaaaaaaan. geraaam lah ak ! huhu. tadi dah cite dah. huhu. rase nak ketuk2 jeee laah. :(

    ReplyDelete