Wednesday, January 12

Sayang Tapi Tak Cinta.

Entry jiwang lagi minah ni. Nak ckp camtu lah kan? eeeh biarlah. Sibuk je tau. HAHA.


Well apa cerita disebalik title post di atas? Ini kan tajuk baru cerita Samarinda kat TV3. eh salah ke? rasenye betul kan? :D


Macam tertanya-tanya macam mana sayang tapi tak cinta?


Memang sebenarnye definisi sayang dengan cinta tak sama. Secara kasarnya memang nampak macam sama kan? 


"eh sayang dengan cinta tu sama je lah. dah sayang mestilah cinta."


Haa.. itu kurang tepat sebenarnye. Semua orang boleh cakap sayang pada mana-mana individu. Macam kita sayang kawan-kawan kita sendiri, keluarga, barang-barang peribadi ke apa2 je lah.


Tapi..


Cinta? definisi dia berbeza. Pernah tak kita cakap dekat kawan-kawan kita sendiri 


"weh aku cinta doh kat kau. jangan buat cmtu."


Tak kan? Mesti korang cakap.


"weh aku sayang doh kat kau. jangan buat camtu."


Kita macam akan cakap cinta ni kepada seseorang yang betul-betul kita rasa kita boleh keluarkan kata-kata hikmat ni. pergh taknak kalah pulak kata-kata hikmat kan? hihi. Korang sendiri mesti penah rasa macam nak cakap sayang dkt orang lagi senang dari cakap cinta. 


So apa yang sayang tapi tak cinta tu kan?
Aku sendiri pun susah nak terangkan, contohnya macam ni lah..


"aku sayang kamu tapi rasa cintaku sudah tak ada."


haa lebih kurang macam tu lah kalau bagi pasangan yang bercinta. Kalau yang tak bercinta tapi rapat-rapat tu atau dalam erti kata lain "scandal" HAHA.contoh dia macam ni..


"aku sayang kamu tapi belum sampai mencintai."


got it? 


lebih kurang macam tu lah. erk. malu pulak tulis entry cmni. rasa macam jiwang sangat boleh? Ahhh kau baca je lah. jangan banyak bunyi. :D


Well sebenarnya nak share something, saje je nak mengarut lebih-lebih dulu. HAHA.


Nah. Amik lah.. 


Cinta dan mencintai adalah perasaan semulajadi manusia. Setiap orang memerlukan cinta dan kasih sayang untuk hidup lebih indah dan bermakna. Cinta bukan hanya terhadap perempuan dan lelaki sahaja, cinta merangkumi sahabat, kaum keluarga, sesama Muslim dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tiada gunanya cinta yang dibuat-buat..
Untuk mencari cinta sejati, carilah sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bermakna mata saling berpandangan. Tapi lebih bermakna, bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya cintailah keperibadiannya bukan fizikalnya..
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.



So dah faham sekarang. bagus anak-anak murid. esok kita berbincang pasal topic lain pula ya? :D


bagi sesiapa yg sedang hangat melayari bahtera cinta mungkin ini boleh dijadikan panduan utk korang.hehe.
 mcm mcm cara kan sebenarnya kita leh express love kita kat someone. 
bkn dgn hanya kata kata je . 
action speaks louder than words sometimes .
sekian.
:) 

No comments:

Post a Comment