Friday, July 29

Auuumm

Semalam aku syak semua mesti ramai gila pergi stadium kan? Mesti berhimpit-himpit nak duduk kan, nak tengok pun kecik halus je tak nampak, mana taknye seat taknak pulak sebatu jauh dari padang tu, lepas tu kalau tengok dekat stadium sure tak dapat tengok replay goal clear clear kan? Pastu tak dapat tengok muka Khairul Fahmi i jelas sejelas jelasnye kan? Lagi satu time second half takleh nak masak maggi makan sementara tunggu game start balik kan kan.haha. Okay tu semua sebab symptom jealous-aku-tak-dapat-pegi-stadium. Tapi takpe lah, aku sokong terus dari hati ke hati Khairul Fahmi. Eh tak, sokong Hariumau Malaya dari rumah je lah. Start je game ayah dah jerit panggil nama aku dah "Ain game dah start cepaat!". Haa kalau dekat rumah ni memang aku je lah peneman Ayahanda nak tengok bola, sebab takde anak lelaki kan. Dulu ingat lagi zaman kecik-kecik ayah angkut pegi tengok bola, dengan naik motor nye. Bila habis game aku dekat belakang mesti tidur. Bayangkan tidur time naik motor. Memang ayah aku pegang je lah takut melayang. Ye lah dulu ringan, sekarang lagi ringan. HAHA. Mama banyak kali marah ayah bawak aku gi stadium dulu sebab adat lah kan kalau kat stadium kan orang banyak tak puas hati keluar lah perkataan macam blabla blabla dan blabla. Sampai ayah tutup telinga aku tak kasi dengar. Kelakar bila ingat balik. Okay dah jauh melalut dari game semalam. 

Back to the game, semalam memang geram dengan player Singa tu,sikit-sikit jatuh, takde contact ape sangat pun tapi muka tu sakit mengalahkan jatuh bangunan lima tingkat. Tapi yang peliknya, mula-mula sakit macam kaki tu dah patah teruk habis macam confirm masuk ICU, tapi bila dah bawak naik stretcher, keluar padang 2minit lepas tu masuk padang senyum senyum kambing balik. Eeee taknak pulak rase nak sekeh kepala. Tengok Khairul Fahmi i tu, dia selamatkan banyak bola semalam, dengan terduduk tertonggeng tersungkur tertirap semua steady je tak merunggut ape pun. Tapi at last terbolos jugak satu goal untuk Singa. Menyirap. Tapi takpe lah, dah takde rezeki kan.

Tapi semalam memang catat sejarah, orang-orang dekat stadium memang macam semut. Ramai. Sungguh. Tak kira Melayu, Cina, India semua bersatu sepakat untuk satu, Bola. Itu kita patut bangga. 

Yang pasal isu laser dekat penjaga gol Singa tu menunjukkan yang kita ni maju dah nak capai wawasan 2020. Mungkin jugak sebab laser tu penjaga gol Singa tu tiba-tiba migraine masa second half sampai melambatkan masa ye dak? haha.

Ape-ape pun, tahniah untuk team Harimau Malaya yang dah berusaha keras. Congrats untuk Singa dengan banyak adegan drama yang kalau ada anugerah pelakon terbaik atas padang, memang kesebelas mereka menggodol anugerah tu tanpa perlu undian SMS pukal. 

Yang paling penting semalam, abe ami i (Khairul Fahmi) meme paling segok. Tangkap tepis sepak bola segok sungguh. Meme doh takdop lain abe. Abe sore jah. Aidil pong doh tolok tepi. :D



Aummmm :P

Tuesday, July 26

Slowly, I'm falling.

Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni aku macam kekurangan idea nak menulis dekat sini. Taktahu lah, mungkin aktiviti aku pun berulang-ulang macam Tom bila nampak Jerry dia kan asyik kejar Jerry je. Bila Tom nampak Jerry je dia kejar, bila nampak je dia kejar. haaa macam tu lah. Macam takde kerja lain. Nak tahu ape aktiviti aku lepas aku berhenti kerja? Bangun je pukul 9 aku pergi sidai baju, karang kalau bangun lambat karang jiran-jiran nampak pulak aku ni stok-takboleh-buat-menantu kalau jemur kain petang-petang kan. Kena lah jaga sikit air muka ni walaupun mase sidai kain tu air muka ni taknak pulak berseri-seri macam bunga seri pagi ke kembang pagi. Okay tu tipu. Muka taknak pulak macam cekodok lemau patut makan pagi tapi makan waktu malam. Ahh peduli. Lepas tu basuh pinggan, lepas tu mandi, lepas mandi sapu rumah sikit-sikit lepas tu bukak tv lepas tu tenung siling macam nak pecah nampak langit tembus angkasa nampak satellite. Haha. Mesti lah lepastu online. tapi hari hari online pun mau tembus screen laptop ni oiii, taktahu nak tengok ape dah. Cuma kalau  malam-malam tu ke "laman-sesawang-angkasa" terus bosan jadi tak bosan dah ubat bosan semua depan mata. Opss dah. Haa orang yang baru je habis short sem semua cakap dah dapat rasa bahang bosan cuti. Tu tak sampai sebulan cuti tu, aku ni yang dah nak dekat 3 bulan lebih cuti bukan takat bahang tapi lebih kepada gunung berapi yang dah muntahkan lava dia tu. Sungguh, aku dah tak lalu dah dengan rutin harian ni. Ini pertama kali dalam sejarah rasenya aku cakap "aku nak cepat balik Gombak" kalau tak selalunya "homesick...homesick...." muka macam zomba bila sebut homesick tu. Tapi ada jugak kelebihan duduk rumah ni, aku dapat mengenal lebih dalam siapa aku dan apa yang aku nak selama ni. haaa okay tu lagi sekali tipu!  

Malam ni aku rasa tiba tiba nak menaip banyak, kalau tak larat baca, baca takat atas tu je yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entry. Okay bye. Tapi kalau nak diikutkan tajuk entry kali ni boleh bawak dua maksud jugak kira ada bau bau asap rokok ada jugak macam bau asap kereta.

"Slowly, i'm falling" boleh jugak bawak kepada bosan lama lama aku rasa nak jatuh. :D

atau

"Slowly, i'm falling" Aku mula rasa aku jatuh haaa kena hati-hati sebut ni takut terjatuh. heh. well, just figure it out yourself. i'm not gonna tell. Noo. 


Sungguh, Aku pernah lalui macam macam cerita macam macam kemalangan emosi.


Tapi benar, Tuhan temukan kita dengan orang yang salah sebelum Dia temukan kita dengan seseorang yang betul tahu menghargai apa adanya kita. 

Tadi aku terjumpa ni, rasa macam bagus pulak rasa macam nak kongsi,

"Don't leave something good to see if you can find better, because once you realize you had the best, the best found better."


Wednesday, July 20

Sama rasa

Dia dengan aku
ada beza
tak semuanya sama.
Ada yang aku gemar dia tidak
Ada yang dia suka aku tidak
Tapi
Aku dengan dia setuju dengan satu
punya rasa yang sama.
Untuk melengkapi.

Monday, July 18

Jodoh

"Tuhan,kalau betul dia jodoh,biar aku lawan untuk jodoh ini!" 
-Zahiril Adzim

:')

Wednesday, July 13

Baran.

Sebelum kau nak bercakap buruk tentang orang, cuba ambil cermin, cermin keburukan diri sendiri dulu boleh?

Kau nampak tak? ke nak aku besarkan lagi?


Untuk engkau :
aku tak pernah membabi buta membudgetkan diri aku macam yang kau canangkan tu. Nak type perkataan ni pun buat aku tak lalu. Buat aku rasa meluat. Maaf, dengan kau pun aku bertambah meluat. 

Saturday, July 9

205 km away.


:'(

Monday, July 4

Acrobatic blood concertina.

I honestly have the greatest time talking to you. You have no idea how the littlest things you say put the biggest smile on my face. I never really realized it, but now i I have. I enjoy talking to you. Exchanging with remarks and retorts with each other. I can't help but laugh at how we tease each other the way we do. I can't help falling for it. In turn, I couldn't help falling for you as well. Whatever it is between us that we have, it's only between you and I. That's what makes it special for me. That's what makes you special to me. Just thought I'd let you know. Talking to you makes my day. :)