Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni aku macam kekurangan idea nak menulis dekat sini. Taktahu lah, mungkin aktiviti aku pun berulang-ulang macam Tom bila nampak Jerry dia kan asyik kejar Jerry je. Bila Tom nampak Jerry je dia kejar, bila nampak je dia kejar. haaa macam tu lah. Macam takde kerja lain. Nak tahu ape aktiviti aku lepas aku berhenti kerja? Bangun je pukul 9 aku pergi sidai baju, karang kalau bangun lambat karang jiran-jiran nampak pulak aku ni stok-takboleh-buat-menantu kalau jemur kain petang-petang kan. Kena lah jaga sikit air muka ni walaupun mase sidai kain tu air muka ni taknak pulak berseri-seri macam bunga seri pagi ke kembang pagi. Okay tu tipu. Muka taknak pulak macam cekodok lemau patut makan pagi tapi makan waktu malam. Ahh peduli. Lepas tu basuh pinggan, lepas tu mandi, lepas mandi sapu rumah sikit-sikit lepas tu bukak tv lepas tu tenung siling macam nak pecah nampak langit tembus angkasa nampak satellite. Haha. Mesti lah lepastu online. tapi hari hari online pun mau tembus screen laptop ni oiii, taktahu nak tengok ape dah. Cuma kalau malam-malam tu ke "laman-sesawang-angkasa" terus bosan jadi tak bosan dah ubat bosan semua depan mata. Opss dah. Haa orang yang baru je habis short sem semua cakap dah dapat rasa bahang bosan cuti. Tu tak sampai sebulan cuti tu, aku ni yang dah nak dekat 3 bulan lebih cuti bukan takat bahang tapi lebih kepada gunung berapi yang dah muntahkan lava dia tu. Sungguh, aku dah tak lalu dah dengan rutin harian ni. Ini pertama kali dalam sejarah rasenya aku cakap "aku nak cepat balik Gombak" kalau tak selalunya "homesick...homesick...." muka macam zomba bila sebut homesick tu. Tapi ada jugak kelebihan duduk rumah ni, aku dapat mengenal lebih dalam siapa aku dan apa yang aku nak selama ni. haaa okay tu lagi sekali tipu!
Malam ni aku rasa tiba tiba nak menaip banyak, kalau tak larat baca, baca takat atas tu je yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entry. Okay bye. Tapi kalau nak diikutkan tajuk entry kali ni boleh bawak dua maksud jugak kira ada bau bau asap rokok ada jugak macam bau asap kereta.
"Slowly, i'm falling" boleh jugak bawak kepada bosan lama lama aku rasa nak jatuh. :D
atau
"Slowly, i'm falling" Aku mula rasa aku jatuh haaa kena hati-hati sebut ni takut terjatuh. heh. well, just figure it out yourself. i'm not gonna tell. Noo.
Sungguh, Aku pernah lalui macam macam cerita macam macam kemalangan emosi.
Tapi benar, Tuhan temukan kita dengan orang yang salah sebelum Dia temukan kita dengan seseorang yang betul tahu menghargai apa adanya kita.
Tadi aku terjumpa ni, rasa macam bagus pulak rasa macam nak kongsi,
"Don't leave something good to see if you can find better, because once you realize you had the best, the best found better."
No comments:
Post a Comment