Harini disebabkan rutin harian tak begitu banyak. Masih same seperti hari-hari yang sebelum ni. Macam sebelum ni banyak je gaya cakap tu kan. Jadi tadi bukak lah folder gambar lama-lama zaman Centre for Foundation Studies IIUM, Nilai. Ya Allah, sumpah aku terkejut. Terkejut sebab dulu kurus!! Pipi "pau" sumpah tak wujud lagi time tu. Slim melim je i noks. Ok macam kurus sangat-sangat je dulu kan, tapi serius dulu tak segebu-gempal-onononolemak semua kurang. Ye lah, dulu walaupun class dekat setapak dua dah sampai, tapi dulu memang nafsu nak makan tu kurang. Adakah sebab kedai pakcik dan makcik kurang menepati selera? Tipu sangat. Mantap kot Tomyam dengan Kuewtiaw Kungfu dekat kedai makcik. Serius kalau sekali rasa nak lagi. Memang mase baru-baru masuk Gombak, kitorang sanggup drive balik Nilai sebab kempunan Kuewtiaw Kungfu kedai Makcik.
Nilai mungkin ada ramai yang cakap, ape ada Nilai? Sesungguhnya Nilai amat bermakna masa Hari Raya bakal menjelma. Sebab apa? Sebab kedai kain dekat gila! haa borong lah kain baju raya dekat Nilai satu. Jalan kaki je kot. Kalau nak up lagi pegi ambil teksi cakap nak pegi Nilai Tiga. Kena bayar dalam RM8.00 atau kalau korang baik dengan "Abang" teksi tu mungkin dia akan cakap "takpe lah dik, "abang" belanja harini" Tapi dulu kitorang pegi takat Nilai Satu je lah. Dekat, senang, jimat. haha.
Apa lagi ada dekat Nilai? emm emmm. Semestinya kalau korang tanye budak CFS Nilai, diorang akan terus cakap, GIANT!! Memang Giant je lah shopping-complex-terkemuka yang ada dekat Nilai tu. Memang ramai lah budak-budak UIA petang-petang jalan kaki pegi Giant. Haa nampak? aku dah tahu kenapa aku kurus dulu. Pegi Giant jalan kaki kot. jauh jugak Giant tu. tapi sebab kan itu je lah tempat nak pegi beli barang memang gagah jugak nak pegi. Tapi bila balik tu mesti lah naik teksi. Kau gila nak angkut mineral water 1.5kg tu jalan kaki? Kalau ada boyfriend senang, suruh je dia angkut mase jalan kaki tu. HAHA. Tapi masa dekat Nilai, brothers semua stok-jual-mahal-hidung-tinggi-dada dabik. Sebab apa? Sebab brothers populasi mereka kurang dari sisters, jadi pasaran saham meraka pun jadi tinggi bukan main lah. Betul tak? haha. Herm, kalau dah bosan sangat makan dekat cafe takpun Block B which is block brothers, memang jalan kaki lagi pegi MCD. haa nampak lagi? semua jalan kaki kot masa dekat Nilai. Aku dah tahu punca lemak-lemak-tepu-degil-aku muncul. Haih.
Tapi dulu aku dengan kawan-kawan, hampir setiap minggu kitorang outing. Tak sabar tunggu Sabtu. Sabtu pagi je seawal pukul 9 pagi kitorang dah siap-siap dah nak keluar. Taknak awal sangat pulak kan? Almaklumlah Nilai kan jauh dengan KL. Dalam sejam lebih naik KTM. Tu pun kalau KTM tak buat hal. Kalau buat hal alamatnya memang 2jam. Macam dah boleh balik Ipoh. Masa dekat KTM tu memang dah boleh agak dah, budak ni mesti budak UIA, budak ni mesti USIM, budak ni mesti INTI. Memang penuh, kalau lambat memang sesak. Bila sesak tu macam-macam orang boleh jumpa dalam KTM tu. Pengalaman paling menyampah bila ada orang tegur "hai nama apa?" ohh abang sungguh cliche lah pickup line abang.
Tempat yang selalu kitorang pegi dulu tak Mid Valley mesti BB, kalau rajin baru lah pegi KLCC. Nak jejak Curve jauh pulak taktahu nak naik train ke ape ke. Mid senang sikit naik KTM je terus sampai. Dah lah kena balik sebelum pukul 10. Yelah curfew. Penah dulu kitorang terlajak sampai lambat dekat Nilai, dalam pukul 12 camtu. Nak overnight malas. Ape lagi curi-curi masuk lah ikut pintu belakang cafe. Tapi pintu "naingsengmatakajisematilum" tu tak bertahan lama sebab fellow dapat tahu. Pintu tu siap kena kunci besar baik punya. haih. Dulu setiap minggu mesti keluar punye lah kalau tak keluar balik rumah walaupun Nilai-Ipoh 4jam dengan tiket mahal, tapi redah jugak sebab nak balik. Walaupun kalau nak balik rumah kena mintak sign fellow hari Jumaat tu dengan kena bersebab, tetap nak jugak balik. Sekarang walaupun dekat susah gila nak balik sebab kerja banyak.
Kalau nak tulis semua kenangan masa dekat Nilai dulu rasanya esok lusa tulat belum tentu habis lagi. Pengalaman selama Setahun setengah tu memang banyak. Pernah sesat masa nak balik Ipoh, sorang-sorang jalan dekat KL area Pudu tengah malam sebab taktahu Pudu dekat mana. Masa tu pengetahuan pasal jalan-jalan dekat KL serius zero. Masa tu jangan tak ingat menggeletar. Alhamdulilah masa tu dapat jugak beli tiket nak balik, masuk je bus duduk dekat seat. Menangis sebab takut sangat.
Tapi betul lah orang-orang selalu cakap, belajar dari pengalaman. Dalam tempoh setahun setengah tu, kita dapat kenal siapa kawan siapa bukan, mana baik mana buruk. Jauh perjalanan luas pengalaman.
Last semester in Nilai - Benl 083074
Awh miss them.
During Sars. Find me if you can. LOL
Before Computer class which is basically free-onlining class. :D
Our successful play! :)
The best people.
These are the memories which will never be forgotten. This is what is called to be legend wait for it wait for it dary! legendary!:D
legend x legend. tetap pau weh. xdek bezanya pun. haha
ReplyDeletehahah alaa time tu tak naik sgtt. skrg je ketara gilaa. :(
ReplyDelete