Wednesday, January 5

Kerja Gila

Huh.... Mengeluh jadi pembuka kata untuk entry kali ni. Pasal apa mengeluh? Huhhh.. Mengeluh panjang sikit lagi sebelum jawab pertanyaaan tu. Mengeluh sebab kerja banyak berguni-guni. Semua menanti untuk diproses! Fiuh, baru masuk weeks keberapa dah boleh ada 10 assignments berbaris-baris ambil nombor untuk di proses. SEPULUH kot ! tak mustahil akan bertambah lagi next week. Macam naik gila dah. Semua subjects pun nak ada case study lah, report lah, interview sana sini lah. Dah macam skuad melodi segmen Terjah je dah nampak gayanya. Macam nak bercampur-campur dah dalam kepala ni. HAIH..Mengeluh panjaaaaaaang macam mana pun kene buat jugak lah. Redha je lah. Untuk masa depan anak-anak jugak nanti semua ni. Cewaaah. Tak boleh blah. Diam ah! eish! HAHA. 

Masa pun rase macam pendek je. Nak bercinta pun tak sempat. Eceh! Lagi sekali cewaah. Sembang taknak ribut je pulak kaan? Bhaha. Ada pulak i ni boyfriend? Jawapannya: TAKDE. dah dah jangan nak mula!

Kerja memang berguni-guni, tapi hormon Termalasi Terlebihi pun berguni-guni jugak. Ni mest kerja syaiton-syaiton yang macam dalam buku ASUH tu kan ada kat tepi-tepi ni.. Shoooh syaiton-syaiton kecil besar nyah kau dari sini ! 

Dah semakin mengarut karut je aku ni. Dari cerita assignments ke syaiton pulak. Lebih baik berhenti dulu sampai di s i n i.

Terkapai-kapai mengejar mencari yang tak pasti. 





Monday, January 3

Tawar Lah Hati

"Bila Perempuan Dah Tawar Hati Mcam Mana?"

Okay, bagi yang tanya soalan berikut, sila baca dan ambil nota ya? Kalau tanya lagi kena bayar eh. HAHA.

Jawapannya bila perempuan dah mula tawar hati, cuba rasa hati dorang, agak-agak tawar ke manis ke payau ke? Ngeeeh. Jangan melenting dulu. Tu main-main je. Okay serious serious. eheeem. :) 
Well, kalau perempuan dah mula tawar hati, dia akan start tak amik pusing lah apa yang berlaku ke atas korang ke or berkaitan dengan korang. Korang nak telan cicak hidup-hidup ke, nak berguling-guling atas rail ktm ke atau segala macam lagi perkara-perkara ganjil atau tidak ganjil yang korang try nak buat dorang tak amik port dah der. Tu lah bukan senang seseorang perempuan nak bagi tumpuan kat korang or macam ambik berat pasal korang. And once dorang dah give up and malas dah itu maknanya memang dah totally over dah tu or dia dah pun jumpe someone yang worth it untuk dia bagi tumpuan pulak. 

Jadi janganlah korang rase macam nak take it for granted je benda-benda ni semua. Selalunya kita akan mula sedar kita dah hilang something yang valuable once kita dah buang, tolak dia jauh-jauh dari kita. Hargai lah apa yang ada. 

Kadang-kadang kita takkan dapat apa yang kita nak. Kita akan terus mencari mengejar apa yang kita nak walhal sebenarnya kita dah jauh dari sesuatu yang kita tak nampak, yang sebenarnya selalu dengan kita susah dan senang.



Entry kali ni taknak pulak macam untuk lelaki kan?
Untuk semua orang pun boleh
Sekadar untuk menjawab soalan
No bias. :)

Sunday, January 2

Which one are you?


Bhahaha. Kelakar nak gelak guling-guling boleh ? Anyways i dalam category awesome people. Gila budget lah kan? Well eheem. korang yang mana? yang retards ke oldfags? ngeeeeh.. No offence people. Just wanna share those effing funny things i got from blogs walking here and there. macam cool kelakar je. So sharing is caring and caring is loving kan? Dah lari tajuk ni. -_-" 

bila kita sedih kita cari something yang boleh buat kita gelak.
its help.
trust me.
cause i did the same thing.
and its work.


Saturday, January 1

Happy New Year ! 2011 !



Happy New Year People !
May This 2011 Brings Joys and Happiness !

We will open the book.  Its pages are blank.  We who are going to put words on them ourselves. 

Tiktoktiktoktiktok. Dah new year dah pun. Sekejap je kan? Dah 2011. Semalam semua orang pun nak tengok bunga api, tak kesah lah dalam tv ke kat dataran ke kat stadium ke. Bunga api tu dah macam perkara wajib lah untuk new year. Kalau takde bunga api macam tak new year je kan? HAHA. And yang pasti semua orang akan start buat azam untuk 2011. 2010 pun entah capai ke tak tercapai pun kan? Takpe-takpe mana yang dah ada azam tu jangan segan jangan silu, tak salah pun ada azam tu. Kira bagus lah ada jugak niat tu kan. Macam-macam azam tahun baru yang kita semua boleh nampak, ada yang nak kurus, ada yang nak tinggi, ada yang nak kaya, kalau nak berazam nak pendek sikit boleh tak? HAHA. Well, apa-apa pun azam korang, harap semua tu ada lah yang lebih baik dari yang sebelumnya. Renung-renungkan dan Selamat Beramal. :P

Seronok dah beli jersey Chelsea! yeah!  :P

Wednesday, December 29

Marah Marah Marah Memang Marah.

Ye ! Aku memang tengah marah! Marah Sangat! tapi sebelum tu, tahniah kepada skuad Malaysia yang telah berjaya memenangi Piala Suzuki Cup! Sangat bangga menjadi warga Malaysia!

Okay, sudah berbicara pasal bola. Sekarang pasal aku pula. Aku marah, sangat marah! Sila ambil perhatian. Aku jarang marah, jarang sekali, boleh saja tanya pada yang rapat dengan aku. Mereka cukup kenal dengan aku. Aku marah bersebab. Sebab apa? Sebab aku telah disalahkan dengan kesalahan yang bukan datang dari aku.

Kau boleh terus-terusan menyalahkan aku padahal kesalahan itu semua datang dari kau. Kau minta aku berfikir, cukup dalam aku fikir, dalam sekali, lebih dalam dari apa yang kau sendiri boleh capai. Kau menyalahkan aku supaya kau dapat menutup lubang lubang busuk yang kau sendiri cari ,kau sendiri gali. Kau tak perlu susah-susah nak menimbus apa yang kau telah buat dengan menyalahkan aku. Aku dah muak. Kau faham dengan muak? Jadi boleh tolong pergi jauh-jauh dari aku? Maaf, maaf dari kau aku susah nak terima. Maaf yang kau sendiri tak tahu apa maksudnya. Cuba cari maksud MAAF sebelum kau gunakan perkataan itu untuk melembutkan aku. Maaf buat kau, aku bukan lembut lembik macam yang kau pernah nampak dulu. Masa mengajar manusia bukan melemahkan manusia. Ingat itu ya. Kalau itu cara kau mahu berbaik, maaf sekali lagi aku tak terima. 

Sila cari kesempurnaan yang kau dulu cari yang kau dulu impikan. Bukan pada aku yang pasti.


Jangan bagi aku ubah jadi warna hijau boleh?

Monday, December 27

Favourite

Smiling is my favourite.
You make me smile. 
That makes you my favourite. :)




Tanah Tumpahnya Darahku.


Tahniah Malaysia ! 
yeay ! Menang 3-0 ! Malaysia Boleh! :)
Semangat tu yang penting kan. Semua orang pun tengah semangat pakai jersey Malaysia, conteng-conteng muka bendera Malaysia, ikat-ikat kat kepala kain tulis perkataan MALAYSIA !  Mesti lah semangat kan. Harini confirm lah LRT, Jalan raya, Bus Rapid semua pakat sesak dengan manusia berbaju kuning dan biru. Bukan promote digi atau celcom tapi Malaysia. Tahniah semua! berbaloi-baloi kan semua yang gi tengok 3 goals untuk RM30. Semua pun balik dengan senyuman and rasa taknak mandi taknak tukar baju taknak basuh muka. Rasa puas hati yang berganda-ganda. :) Walaupun saya tak berkesempatan nak gi tengok penjaga gol yang hensem bergaya menangkap bola, tapi dah suruh orang kirim salam dah, harap-harap dia dapat lah kirimkan. HAHA. :D Apa-ape pun, tahniah MALAYSIA, tahniah WARGA MALAYSIA. Semoga berjaya di perlawanan akan datang di Indonesia! Semoga Kejayaan Milik Kita ! 



"Ehem, Assalamualaikum abang khairul fahmi. Nama saya Nurfarah Ain. Abang nampak kacak tangkap bola."

Takleh lebih-lebih nanti gewe dio marah. :D 

Wow terasa lebih semangat! :P