Friday, September 30

Dasar binatang!

Kau tenung,
Aku renung,
Nampak kau pandang sinis.
"Sial!" hati aku keluar kata.
Kenapa aku yang kau pilih?
Kau makin hampir.
Aku makin gelabah.
Kau mahu terkam.
Aku langkah rasa nak terbang.
Celaka kau,
monyet!
Dasar binatang! 


Nasib baik aku lari cukup laju sebelum kau sempat peluk-peluk manja diri aku. Euuwww aku geli bulu-bulu kau monyet! Hari ini hari kau esok lusa hari aku pulak. Kau tunggu!

Saturday, September 24

Jangan Toleh!

"Jangan toleh belakang!" aku ingat lagi cikgu rumah sukan aku bertempik dekat tepi padang belakang garisan putih masa aku lari 4x100m zaman sekolah dulu. Tapi aku degil aku toleh jugak belakang sebab aku nak tengok budak rumah lain dekat ke tidak nak potong aku. Aku taknak kalah, aku nak menang, nak naik stage gigit pingat emas macam atlit-atlit yang menang tangkap gambar masuk surat khabar. Tapi aku degil aku toleh jugak, kalau aku ikut cakap cikgu aku confirm dah menang. Bila aku mula toleh belakang aku jadi kurang seimbang, toleh belakang sekali imbas sambil lari, aku hilang langkah terus jatuh gedebuk atas padang. Berpinar-pinar jugak lah bila momentum yang aku guna seboleh-boleh aku, tiba-tiba terseradung jatuh, terhempam muka atas tanah. Sakit campur malu, all in one. Kalau je lah aku tak toleh belakang mesti aku dah depa tangan melintas ribbon merah yang ada depan mata, mesti dah aku dapat gigit pingat emas atas stage macam aku idamkan tu. Tapi sayangnya semua tu hanya muncul dalam awan-awan atas kepala lepas jatuh sebab kes toleh tadi. Aku bukan sebenarnya nak cakap aku dulu atlit, aku dulu kuat lari, dengan cerita yang aku sampaikan ni. Tapi benda ni sama dengan hari-hari yang kita lalui sekarang. Ada benda yang kita tak payah toleh belakang, tak payah nak amik port apa yang dah lepas di belakang takut nanti kita terjatuh tak sempat gapai apa yang kita nak yang dah tersedia ada untuk masa depan kita walhal ianya depan mata menunggu kau datang.

Sunday, September 18

Ini realiti.

Fuhh fuhh tiup sini sikit sana sikit sipi tu sikit bucu ni sikit, Ye lah rasanya dah agak lama tak update entry baru. Entry raya pun takde. Entah cuma takde rasa nak menaip, huruf-huruf serupa lari lintang pukang bila start nak menaip dekat sini. Nakal tau huruf-huruf ni main aci kejar dalam otak nih. Terjatuh kang bangun sendiri. Harini rasa macam nak menaip, dah kurung dah huruf-huruf dalam otak ni biar tak lari biar berbaris buat ayat sebaris dua. Behave pulak dorang harini. So dapatlah taip serba sikit. Alhamdulilah, kehidupan jalan macam biasa. Takde lah pancaroba sangat boleh lah survive. Semester baru dah mula, lectures baru dah berjumpa, kawan-kawan pun dah tukar-tukar cerita, ye lah 5 bulan kan simpan semua bila jumpa rasa macam tak boleh simpan sikit-sikit, semua nak cerita dalam hari tu jugak kena habiskan. Haa ambik semua cerita terkumpul si jemah jumpa si temah, si zainab bengang dengan kelakuan si jah macam-macam ada. Yang paling penting dapat jumpa orang yang hari-hari aku kira hari kira masa kira jam kira minit kira saat nak jumpa sejak cuti 5 bulan dulu. Lepas jenuh kira semua lepas jenuh asyik berkomunikasi dengan teknologi semata, finally dapat jugak tengok live depan mata. Fulamak rasa tak percaya. Walau macam mana jauh macam mana lama tak jumpa, semua terpulang sendiri dengan diri, kalau diri dengan hati kata sanggup tunggu boleh tunggu semua boleh jadi realiti. Jadi ini realiti untuk aku. :)


Thank you love. :)