Tuesday, July 3

Simpan

Aku ambil aku kunyah aku hancurkan lalu aku telan. Biar mengalir mengikut arus darah, meresap terus ke daging. Biar apa pun rasa, hanya aku dan lidah simpan rahsia. 

Sunday, October 16

Demi janji, hati aku tolak tepi.

Aku dah janji macam yang aku cakap semalam,
harini hati aku tolak tepi.
Aku tolak dia jauh-jauh.
Jauh ke atas di tepi bucu atas sana supaya aku susah capai.
Supaya aku tak rasa kesian dekat hati.
Gila, takkan aku nak mungkir janji.
Nanti dia merajuk payah aku, susah lah aku.
Aku ambil kertas-kertas aku bukak komputer aku mula menaip,
Lancar, Alhamdulilah.
Nasib baik aku ikut janji, aku tak lupa, tak pentingkan hati harini.
Terima Kasih otak, harini kau berfungsi. 


p/s Semoga esok otak dengan hati dapat berkawan baik jadi aku tak perlu tolak tepi salah satu dan tak perlu janji lagi.

Friday, October 14

Mana nak ikut?

Otak kata "berusaha, buat kerja tu sampai sudah!"
Hati kata "buat lek jee, macam lah takde esok kau nak buat."
Jadi bergaduh lah otak dengan hati, sama-sama nak menang.
Aku naik penat nak dengar mana satu, otak ke hati, hati ke otak.
Ye lah takut pulak kalau ikut cakap hati, otak terasa.
Tapi kalau ikut cakap otak, hati pulak terasa.
Aku kena jaga dua-dua.
Dua-dua penting untuk aku.
Kalau takde otak, bodoh lah aku jawapannya.
Kalau takde hati, kejam lah aku jadinya.
Jadi mana nak ikut?
Otak ke hati? hati ke otak?
Ahhh aku malas pilih.
Baik aku tidur tak payah pening pilih mana-mana.
Selamat Malam.


p/s: Bila aku baca balik, aku dapat tahu mana aku pilih. Sorry otak. Esok aku pilih kau pulak, hati aku tolak tepi. Aku janji. Mari tidur. 

Friday, September 30

Dasar binatang!

Kau tenung,
Aku renung,
Nampak kau pandang sinis.
"Sial!" hati aku keluar kata.
Kenapa aku yang kau pilih?
Kau makin hampir.
Aku makin gelabah.
Kau mahu terkam.
Aku langkah rasa nak terbang.
Celaka kau,
monyet!
Dasar binatang! 


Nasib baik aku lari cukup laju sebelum kau sempat peluk-peluk manja diri aku. Euuwww aku geli bulu-bulu kau monyet! Hari ini hari kau esok lusa hari aku pulak. Kau tunggu!

Saturday, September 24

Jangan Toleh!

"Jangan toleh belakang!" aku ingat lagi cikgu rumah sukan aku bertempik dekat tepi padang belakang garisan putih masa aku lari 4x100m zaman sekolah dulu. Tapi aku degil aku toleh jugak belakang sebab aku nak tengok budak rumah lain dekat ke tidak nak potong aku. Aku taknak kalah, aku nak menang, nak naik stage gigit pingat emas macam atlit-atlit yang menang tangkap gambar masuk surat khabar. Tapi aku degil aku toleh jugak, kalau aku ikut cakap cikgu aku confirm dah menang. Bila aku mula toleh belakang aku jadi kurang seimbang, toleh belakang sekali imbas sambil lari, aku hilang langkah terus jatuh gedebuk atas padang. Berpinar-pinar jugak lah bila momentum yang aku guna seboleh-boleh aku, tiba-tiba terseradung jatuh, terhempam muka atas tanah. Sakit campur malu, all in one. Kalau je lah aku tak toleh belakang mesti aku dah depa tangan melintas ribbon merah yang ada depan mata, mesti dah aku dapat gigit pingat emas atas stage macam aku idamkan tu. Tapi sayangnya semua tu hanya muncul dalam awan-awan atas kepala lepas jatuh sebab kes toleh tadi. Aku bukan sebenarnya nak cakap aku dulu atlit, aku dulu kuat lari, dengan cerita yang aku sampaikan ni. Tapi benda ni sama dengan hari-hari yang kita lalui sekarang. Ada benda yang kita tak payah toleh belakang, tak payah nak amik port apa yang dah lepas di belakang takut nanti kita terjatuh tak sempat gapai apa yang kita nak yang dah tersedia ada untuk masa depan kita walhal ianya depan mata menunggu kau datang.

Sunday, September 18

Ini realiti.

Fuhh fuhh tiup sini sikit sana sikit sipi tu sikit bucu ni sikit, Ye lah rasanya dah agak lama tak update entry baru. Entry raya pun takde. Entah cuma takde rasa nak menaip, huruf-huruf serupa lari lintang pukang bila start nak menaip dekat sini. Nakal tau huruf-huruf ni main aci kejar dalam otak nih. Terjatuh kang bangun sendiri. Harini rasa macam nak menaip, dah kurung dah huruf-huruf dalam otak ni biar tak lari biar berbaris buat ayat sebaris dua. Behave pulak dorang harini. So dapatlah taip serba sikit. Alhamdulilah, kehidupan jalan macam biasa. Takde lah pancaroba sangat boleh lah survive. Semester baru dah mula, lectures baru dah berjumpa, kawan-kawan pun dah tukar-tukar cerita, ye lah 5 bulan kan simpan semua bila jumpa rasa macam tak boleh simpan sikit-sikit, semua nak cerita dalam hari tu jugak kena habiskan. Haa ambik semua cerita terkumpul si jemah jumpa si temah, si zainab bengang dengan kelakuan si jah macam-macam ada. Yang paling penting dapat jumpa orang yang hari-hari aku kira hari kira masa kira jam kira minit kira saat nak jumpa sejak cuti 5 bulan dulu. Lepas jenuh kira semua lepas jenuh asyik berkomunikasi dengan teknologi semata, finally dapat jugak tengok live depan mata. Fulamak rasa tak percaya. Walau macam mana jauh macam mana lama tak jumpa, semua terpulang sendiri dengan diri, kalau diri dengan hati kata sanggup tunggu boleh tunggu semua boleh jadi realiti. Jadi ini realiti untuk aku. :)


Thank you love. :)

Saturday, August 27

Kesilapan.

Harini sumpah stress. Bukan stress puasa bukan, bukan stress tak siap baju raya bukan jugak. Tapi stress lain. Stress sebab borang perjanjian scholarship kpm pulangkan balik tadi sebab ada mistakes dekat penjamin 2. Penjamin 2 kena umur tak lebih 45 tahun and aku pegi letak penjamin 2 mama, tapi mama dah umur lebih 45 tahun. Stress gilaa kena buat baru, kena cari penjamin lain. Nak cari penjamin bukan senang. Semua orang pun takut nak jadi penjamin, takut yang dijamin tu lari. Careless mistakes. Sigh. Tapi Alhamdulilah tadi acu adik kepada mama nak jd penjamin kedua tadi. Acu jangan risau, ain tak lari pegi mana-mana. Janji. Hukk. Dah lah nak kena post balik semua benda nak sahkan lagi. Macam-macam kena fikir balik. Ingatkan dulu dah settled dah lega dah. Dapat pulak surat ni tadi, dah lah raya tinggal bape hari je lagi. Kena fikir pasal borang-borang bagai nih. Leceh! haih. Tapi nasib baik lah pihak kpm bagi buat pembetulan balik siap poskan balik, kalau PTPN memang terus reject. Kalau KPM reject borang ni haritu memang aku makan roti 50sen hari-hari dekat UIA. PTPTN aku dah stop pulak mase dapat scholar ni haritu. 
Bila dah lambat macamni, confirm duit masuk lambat nanti padahal tak sampai lagi 2 minggu nak start sem baru. Ergh, stress lagi tambah-tambah stress. :(

Nak Raya dengan aman please.