Wednesday, December 29

Marah Marah Marah Memang Marah.

Ye ! Aku memang tengah marah! Marah Sangat! tapi sebelum tu, tahniah kepada skuad Malaysia yang telah berjaya memenangi Piala Suzuki Cup! Sangat bangga menjadi warga Malaysia!

Okay, sudah berbicara pasal bola. Sekarang pasal aku pula. Aku marah, sangat marah! Sila ambil perhatian. Aku jarang marah, jarang sekali, boleh saja tanya pada yang rapat dengan aku. Mereka cukup kenal dengan aku. Aku marah bersebab. Sebab apa? Sebab aku telah disalahkan dengan kesalahan yang bukan datang dari aku.

Kau boleh terus-terusan menyalahkan aku padahal kesalahan itu semua datang dari kau. Kau minta aku berfikir, cukup dalam aku fikir, dalam sekali, lebih dalam dari apa yang kau sendiri boleh capai. Kau menyalahkan aku supaya kau dapat menutup lubang lubang busuk yang kau sendiri cari ,kau sendiri gali. Kau tak perlu susah-susah nak menimbus apa yang kau telah buat dengan menyalahkan aku. Aku dah muak. Kau faham dengan muak? Jadi boleh tolong pergi jauh-jauh dari aku? Maaf, maaf dari kau aku susah nak terima. Maaf yang kau sendiri tak tahu apa maksudnya. Cuba cari maksud MAAF sebelum kau gunakan perkataan itu untuk melembutkan aku. Maaf buat kau, aku bukan lembut lembik macam yang kau pernah nampak dulu. Masa mengajar manusia bukan melemahkan manusia. Ingat itu ya. Kalau itu cara kau mahu berbaik, maaf sekali lagi aku tak terima. 

Sila cari kesempurnaan yang kau dulu cari yang kau dulu impikan. Bukan pada aku yang pasti.


Jangan bagi aku ubah jadi warna hijau boleh?

Monday, December 27

Favourite

Smiling is my favourite.
You make me smile. 
That makes you my favourite. :)




Tanah Tumpahnya Darahku.


Tahniah Malaysia ! 
yeay ! Menang 3-0 ! Malaysia Boleh! :)
Semangat tu yang penting kan. Semua orang pun tengah semangat pakai jersey Malaysia, conteng-conteng muka bendera Malaysia, ikat-ikat kat kepala kain tulis perkataan MALAYSIA !  Mesti lah semangat kan. Harini confirm lah LRT, Jalan raya, Bus Rapid semua pakat sesak dengan manusia berbaju kuning dan biru. Bukan promote digi atau celcom tapi Malaysia. Tahniah semua! berbaloi-baloi kan semua yang gi tengok 3 goals untuk RM30. Semua pun balik dengan senyuman and rasa taknak mandi taknak tukar baju taknak basuh muka. Rasa puas hati yang berganda-ganda. :) Walaupun saya tak berkesempatan nak gi tengok penjaga gol yang hensem bergaya menangkap bola, tapi dah suruh orang kirim salam dah, harap-harap dia dapat lah kirimkan. HAHA. :D Apa-ape pun, tahniah MALAYSIA, tahniah WARGA MALAYSIA. Semoga berjaya di perlawanan akan datang di Indonesia! Semoga Kejayaan Milik Kita ! 



"Ehem, Assalamualaikum abang khairul fahmi. Nama saya Nurfarah Ain. Abang nampak kacak tangkap bola."

Takleh lebih-lebih nanti gewe dio marah. :D 

Wow terasa lebih semangat! :P

Saturday, December 25

Tersenyum

Aku pernah terdengar orang kata, kadang-kadang benda yang simple pun boleh buat kita tersenyum sampai esok. Benda yang orang lain anggap takde apa apa sangat lah, tapi pada kita benda tu buat kita rase nak senyum meleret-leret. 

Setuju Dengan Itu.

Aku Rasa Nak Senyum Sampai Esok Lusa Lah.




Friday, December 24

Sleep

I Just Want To Sleep And Dream Of You.
Will You Come Into My Dream?
Shall I Sleep And Just Waiting For You To Come Over In My Dream?
Will You?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Oh No, I Can't Sleep And I'm Sorry I Can't Dream Tonight.
Sigh.









Wednesday, December 22

100th post !!

Poomm Pooom !! Euuuung Poooom! that will be onomatopoeic for fireworks sounds. hahaha. 

Its my 100th posts peeps! 
Haha, poyo kan? orang lain dah beratus2 posts aku baru nak cecah 100? eee tu blog orang ni blog aku.

Well to be exact, every single post that i wrote was basically what was happened on my days, everything that i felt, something which i really like to say from deep down inside, the unspoken words. The things which i dont have the guts to spit it out of my mouth but i shall translate it using sentences tho. Those are bitter sweet sour salty spices stories of my life. 

I would like to apologise to anyone who felt uncomfortable with my posts or anything related to this blog. Kalau tak suka so dont be like wasting your time reading my posts.

And thanks like a million times to my thirteen followers. Sikit je followers, blog saya tak famous mcm blog kakak Fatin Liyana cantik tu. Really appreciate you guys! Oh well thanks to people who did blog walking here even though i knoooow there's nothing much to read and and banyak merepek emo je. Not to forget, Thanks to you too STALKERS ! hihi. Opsss terasa ke?  heh takpe takpe, baca je okay, sebab kalau taknak bagi you guys baca i dah lama open to invited readers je. :)

Erk gaya macam menang oscar award je banyak sangat thanks. HAHA. 

I wanna share something here!!! hehh. You wanna know what it is?

Naaaaa im not gonna tell youu moron! :D

Sengal je kan~ i got a gift from a friend ! yeay i got a gift i got a gift! sumpah macam nak makan penampar nak mati gedik. :D 
Dapat gift yang terbang jaaaauh to Semenanjung. Ye bukan oversea pun jauh tu, tapi jauh lah jugak. 

Terima Kasih Encik H I for the gifts long way from Sabah. And for stock makanan malam malam jugak. :)



Kenapa Ben10 and Birdy Comel? Satu hijau satu kuning. :)



Tuesday, December 21

Panas Panas Nak Mampus!

Haa amek kau, kurang manis bahasa disitu. Memang tengah panas nak mampus tahap volcano tunggu nak kuarkan lava tu. Ergh syaiton. Geramnyee !! Belum masuk duit lagi dah kene SAMAN. Saman yang ke lima ye tuan2 dan puan2 selama berada di IIUM Gombak ni. Kenapa lah Pak guard sume suka sangat dengan muka and nama ni? tak larat nak appeal sume! Takde duit tahu tak. Stress lah gilaa!! 

Penat laaah ! Dah laaah tangga nak gi legal unit tu tinggi nak mati! hish! benda nak tumpang member je balik mahallah. tak jauh mana pun lah pakcik. sejengkal jee. takleh pulak nak consider kan? pakcik ye lah ada moto besar tak rase jalan kaki kaan. Sedih lah cmni pakcik. Duit takde tahu tak?

Ergh malas nak cakap banyak. BENCI !!! 



Ini lah benawer ni. Ahh stress!


Sunday, December 19

Perangai Manusia

Dalam dunia ni terutama di bumi Malaysia ni, berbagai perangai manusia yang ada. Tak perlu cakap lah yang wangi ke yang busuk ke. Macam-macam lah ada. Kadang-kadang kita pun pening dengan perangai manusia yang sedia ada ni. Ada yang bergaduh, ada yang buruk sangka ada yang rasa mereka menjadi tumpuan untuk orang memuntahkan muntah muntah keji ke atas diri mereka sendiri. 

Kita sendiri boleh pusing belakang kiri kanan dan lihat semua manusia mempunyai perangai mereka sendiri seperti cap jari yang terdapat di ibu jari masing-masing. Apa yang aku cuba sampai kan? Ya memang tentang perangai manusia dewasa ini. Semakin muak untuk ditafsirkan.

Aku pelik dan musykil dengan perangai manusia. Aku tak pernah jelous atau perkataan yang lebih keji dan mudah difahami cemburu membuta babi. Aku jarang mengutarakan penggunaan kata kata keji dalam blog yang masih suci lagi bersih ini namun nama haiwan itu kini seperti sesuai untuk dipaparkan supaya mudah untuk difahami. Anda faham bukan? 

Intonasi aku seperti sedang marah? Mungkin kau boleh anggap seperti itu. Aku bukan marah sehingga mampu mengeluarkan kata-kata keji ke atas kau, itu bukan yang sepatutnya, tetapi kau harus faham dengan situasi. Kau bukan lagi kanak-kanak yang berumur belasan tahun yang masih menuntut di sekolah menengah untuk berperangai seperti itu walaupun kau marah. Aku juga pernah marah, marah dengan keadaan, tapi itu dahulu. Tak perlulah kau menghamburkan kata kata ketidak puasan hati kau kepada umum, tiada siapa yang kisah tentang apa yang terjadi tentang kisah hidup kau. Aku? Sekelumit pun tidak. Antara kau dan aku kita tak pernah bercakap mahupun duduk semeja sekali, jadi jangan mudah menghamburkan segala ketidakpuasan kau. 

Kau juga tak perlu lah melihat sekeliling dan mula menganggap semua orang ingin cuba ambil tahu pasal kisah hidup kau. Kau mahu bersama siapa di mana atau ke mana, itu kisah kau sendiri. Kau bukanlah artis yang sentiasa dikelilingi oleh pandangan mata-mata orang untuk dicanang-canang kisahnya di melodi. Kau cuma manusia biasa. Jadi jangan cuba anggap orang ingin sungguh ambil tahu pasal diri kau. Kau tidak mempunyai jalan cerita seperti Dato Siti Nurhaliza dan Dato K untuk dihebohkan. Jika kau mahukan hidup yang penuh privasi dan confidential, jangan cuba menjejakkan kaki ke alam maya. Cuba mengerti satu itu dalam-dalam ya? 

Jadi jangan mudah melabel sesorang semahu kau. Kau tidak punya hak dan bukti yang kukuh untuk menghambur omomg-omong kosong yang kau rasa sungguh berharga dan bermaruah itu. Kau hanya menjadikan diri kau kelihatan lebih jelik di mata manusia manusia lain. Kau layarkan lah kisah hidup kau semahunya, jangan kau anggap orang hanya berminat dengan kisah kau yang sebenarnya tiada apa-apa. 



Maaf post kali ini lebih kepada  unsur-unsur  emosi membabi buta yang datang dari hati yang sedang panas panas panas dan panas. 
Masa aku bukan untuk kau .





Ucapan

"Terima Kasih Ain."


"Erk. kenapa?"

"Terima Kasih Lah"

Kasih mu diterima. Tehehehehe (menggeletar lah tu baca) :D

"Sama-sama.." 

Susah nak dengar kan ucapan ni, so I  simpansampaimati dekat sini. HAHA.
Jangan Selalu Cakap Cmtu I Segan. :D


Saturday, December 18

Terasa

Terasa apa? Terasa boring lah. Takde kena mengena dengan terasa dekat orang ke orang lain terasa apa ke. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Harini memang totally takde buat ape. Takde buat apa yang mendatangkan faedah lah to be exact. Bukan lah baring terbongkang je kat atas katil macam orang koma 45 hari tu. Nauzubillah. Tak Tak. Tidur semalam pun lambat sebab adalah melakukan aktiviti malam sikit. Aktiviti malam? what the heck jangan fikir lain lah siput ! Bila tak boleh tidur mula lah cari kawan yang boleh merepek-merepek bersama dan menguntungkan lagi syarikat telekomunikasi Maxis. But it was totally fun. Asyik gelak gelak santai je. :D 

Basically harini buat ape? herm bangun, mandi, online, makan, sembangsembangkedaikopibersamaifti, mandi, makan, online, buat jadual, tgk South Park, Main Cityville. HAHA. Habis takde orang nak buat calon isteri mithali. :D Sebenarnye nak jogging today tapi tapi hujaaaan pulak. So simpan lah lagi lemaklemakmakinbanyak ni. Haih. Takpe lah esok lah kalau boleh. Postponed je lah. HAHA. 

Sebenarnye ada suprised ni. Cepat cepat. Ready? Fasten Your Seatbelt Everybody !! JENGJENGJENG....

3

2

1

.

.

:)

Taraaaaaaa Taraaaaaaaaaaaa

Pictures meja study je pun. HAHA. Cantik tak cantik tak? Biase je? Terima Kasih Lah. -___-"






Ni lah timetable sem ni yang pack pada hari Selasa dan Khamis walaupun telah diubah ubah tapi masih kekal PACKED macam kambing dalam kandang takleh kuar gi makan petang-petang. SIGH :(



Friday, December 17

Senyum


Senyum. Gila? 
Tak.
Suka? Agak la.
Kenapa?
Sebab Gembira.
Sebab? 
Sebab Dia.
Siapa?
Seseorang.
Kenal Rapat?
Boleh Lah.
Lama Kenal?
Lebih Kurang.
Cinta Lama?
Semestinya Tak.
Gembira?
Ya.


Nota kaki: Terima Kasih Sudi Berkawan. 8 Bulan. 


Thanks :)

Angin-angin Jahat Sila Terbang Jauh Jauh. 






Thursday, December 16

Apa Ada Pada "Nurfarah Ain"

NURFARAH AIN
N
Naif
U
Untung
R
Ramah
F
Fleksibel
A
Amanah
R
Realistik
A
Alim
H
Harum
A
Abadi
I
Ikhlas
N
Naif
Apa ada pada nama?

Ini bukan hasil puji angkat bakul sendiri ye. Ini hasil google google takde keje. :)
Itu lah Nurfarah Ain. Sekian Terima Kasih. HAHA


Monday, December 13

New Chapter

New semester, Semester 2 2010/2011, New chapter, New subjects, New lecturers, New classmates, every single lil thing is new. erk exaggerated, not everything actually. :) 

Oh the most important thing of being new is the New Vision and Target. 

"Takmau main-main dah. Buat notes awal-awal."

Jangan tak percaya lah weh, Sem ni i buat lah you ni. HAHA. Sem lepas lepas tu macam ada sindrom Termalasi Terlebihi. Auzubillahiminalshaitonirajim, Confirm sem ni sindrom tu takde dah.  

Timetable sem ni mula-mula rase aku lah org yang bertuah takde class hari Isnin and Jumaat. Rabu pulak ada one class. Tak ke rase mcm heaven sikit tu. Banyak rest dan proses tumbesaran akan giat berlaku. Tapi tengok-tengok hamik kau, class taknak pulak pack gilaah lah barbie hari Selasa and Khamis from 8.30 am to 8pm. Rest time lunch je yang lain gap 10minutes je. Haih. Kalau ada quiz serentak tak ke otak lumpuh kejap nanti.

Tapi nak buat macammane kan, just follow the flow je lah. Kalau lecturer baik hati bermurah hati nak tukar hari Rabu ke ok lah. BUT hari RABU je BOLEH. Ada unsur penegasan disitu ye. Takmau usik hari Jumaat and Isnin. Tu masa untuk balik rumah. HAHA.

Esk start first class for this semester; Education Psychology 8.30am. Say Hello to classes, quizzes, midterms, assignments, lectures, project papers and lecturers ! 



Apakah gambar katil? Well, class start esk kan, so esk lah baru update gambar meja study ke apa ke. Memang mengundang tidur tanpa henti katil ni. 

Oh and sorry sbb pictures along's wedding tu tergantung sampai part 1 Nikah je. Later will upload those yea. 
Well,Good Luck With New Semester Everyone!

Wednesday, December 8

Along's wedding Part 1 - Nikah




















:)

All of the pictures above was captured and edited by me using nikon digital camera. bukan dslr. HAHA. tukang suruh posing pun saya. ada bakat tak nak jd mak andam? :D tak byk yg di upload because lambat nak mampus macam kura-kura tak minum sprite. hergh. stress tahu. 

To be continued..... 

Tuesday, December 7

Alhamdulilah

Alhamdulilah. Praised to Allah, two big days for me at the end of month December of the year 2010 happened to be soooo soooo i mean absolutely GREAT. ALHAMDULILAH. I'm totally grateful. :) 

Along's wedding was great. Everything went smoothly and according to what was planned. Ramai yang hadir and all that i can say is that it was totally great. *banyak sgt great pulak* :P ahaa well, thanks to everyone whom attended the wedding reception on the last 4th December 2010. Thanks jugak to all my friends yang rajin menghadirkan diri even though bukan my wedding for sure. HAHA. And and thank youu so much ifti sbb dtg and spent 3days kat umah saya. 

Saying awik lebih lebih lih. hihi. Thanks sgt sbb tolong memeriahkan lagi rumah. :P and tak pasal2 sign contract cuci pinggan jugak kan? kita mmg ada bakat lah wak cuci-cuci pinggan ni. Small matter. Pasni nak apply part time kat mamak ape ade hal, experience dah ada. HAHA. Thanks for everything tau! :)

Thanks jugak to wanie, zati, afiqah, faezah, is, afie, syafiq, fihir, reaza, ad, nadhir, syamim, kutak, asrul, amir hakim, epi, shah, syazwan, pedot, pojie and for the rest jugak yang datang. Sorry if ada yang tak mentioned. Sejak akhir-akhir ni macam nenek pulak, banyak benda lupa and misplaced letak barang. HAHA.

Thanks for those yang wished untuk my sister jugak even though tak dapat attend. kan banyak kenduri on that date, i'm aware of that reason so it was fine. ada yang jauh kan, it doesn't matter, i'm totally understand it tho. :) BUT, if tak attend my wedding memang mengundang perang dunia ke-2. SEKIAN. HAHA

Woow macam ucapan aku pulak yang kahwin kan. HAHA. Better stop that by saying THANK YOU once again. :)

Second great thing happened was I nak Kahwin. HAHA. Haaaa! Terkejut kau! :D Well hell no, lambat lagi. HIHI. 

Today on the 6th December 2010 our Results-day-out. I'm extremely happy and grateful with my result. Alhamdulilah. Bak kate iklan celcom berbaloi-baloi. HAHA. Jangan lah fikir high sangat sampai ingat masuk Dean List pulak. Tu harapan next semester lah. :P Just happy because i've achieved my target even though ada sikit tak kena. Sikit jee lagi. Dah takat tu je rezeki kan kene lah bersyukur bak kata mama. Okay boss! hihi. 

Okay taknak panjang pulak post kali ni kan. Dah penat mata tu baca kan. Jari saya pun dah tak tahu nak ketuk ketuk apa dah kat kat keyboard ini. Well chiow. 

Salam Maal Hijrah to everyone. Hopefully Tomorrow Is Better Than The Previous Day. 


Eh picture kami pulak kan, pengantin mana? HAHA :D

I'll upload the wedding's pictures later peeps.:)
Nighty Night Yaw.  

Friday, December 3

Weirdo

These days i'm feeling misunderstood, guess i have always been one most of the time in my life but i don't really give it a damn. why bother? everything in this life has pro and cons, it depends on one's point of view. my point is we won't have a single thing which has an unanimous decision towards something but i think this is getting into a higher level and yes, yes it's bugging the hell out of me.

I'm not being a hypocrite, the first thing you'll notice about a person is his appearance. from head to toe. from that short moment you would make your own estimation. it's normal. but that's just it. then what? are you sure he is like the one you have in mind? i have come to a conclusion that this is a really outdated way to rate someone cuz all you've seen is his skin ain't bones. believe me, you haven't seen a thing about this 'someone'.


Is it so wrong to laugh out over something so funny? is it really wrong to laugh with such loud voice once in a while till your stomach hurts? seriously, is it so wrong?  i unleash myself when it comes to humor, please do understand. life is too short to be someone else we're not! so why should i always bother thinking about my image upon others? i'm tired of understanding others while others misunderstood me. perhaps now it's the right time for you to understand me a bit. don't you think? :)


I'm not the type of girl who attach to the cellphone like every seconds. i spend way more of my time on the internet, beside opening some sites, i also open few tabs of facebook to know what's the latest news about my circle of friends, in short, i'm facebooking quite intense. my friends usually send me messages or write on my wall because they know it better that the chance of me replying to them on facebook is higher rather than texting me. so sorry guys it's often kinda tricky to find me... :(

I like making secret codes between my crazy friends.. idk, maybe there are like zillion of codes HAHA. no way i'm way too much!! HAHA we give awkward names about everything, simple little things, we're so good at laughing and make silly things work. we're really goofy but it's uber fun! sorry if this bothers you, our bad. :(

Im not thaaat weirdo isnt it?  


I AM WEIRD because I AM NOT PRETENDING TO BE SOMEONE ELSE.
I AM WEIRD because I REALIZE WE ONLY LIVE ONCE TO DO EVERYTHING WE WANT TO.

I AM WEIRD because I AM JUST ME.

I AM WEIRD because I AM GENUINE.







Thursday, December 2

Kerahan Tenaga

Harini sumpah penat gila penat penat. Memang kena perah tenaga habis-habisan tadi dengan mama. Dari jd penolong chef sampai lah jawatan pembasuh pinggan hambek dapat dekat aku ni untuk kenduri doa selamat.
Baru kenduri doa selamat ni, belum lagi tahlil nnt, majlis makan lagi. Boleh pitam eden ni haa. HAHA. Dari tugas dapur masuk ke bilik pengantin. Opsss. hias bilik pengantin lah. Fikir bukan-bukan betul, tu lah lain kali clorox brain tu sekali sekala. Clorox bukan nila. :D Tapi bab-bab decorate ni best. Memang buat dengan rela hati. Later akan upload all the pictures, sekarang takleh lah nak upload lagi. Heh. Lepas tu tolong along pakai inai pulak. Kelakar boleh mase nak pakai kan dia. eee geli semua ada. HAHA. 
Even though penat sume but still happy, the first wedding kan. Yang malas nye bila sume mak mak sedara ayah ayah sedara brkumpul mesti aku kena bahan 

"haaa pasni ain lah ni.." 
"haha lambat lagi..calon pun takde.."
"yeke? bukan foreigners ramai ke kat uia?"
"eeee.. lelaki melayu terakhir yg ain nak tunggu, pakai songkok, pakai kain pelekat gi dating." 
"yeke foreigners ramai hensem2 sana ye dak?"

................................................

pfttt.. Memang senyum je lah, karang kalau bidas lagi karang confirm aku memang tak pernah nak menang. Haih. Senyum tak perlu kata apa-apa.. :)

Harapan untuk esok: Kerahan tenaga dikurangkan. -__-"

Tuesday, November 30

Tiba-tiba

Sekarang menunjukkan pukul 2.00 am. Macam biasa lah mata aku ni macam burung hantu lah bulatnya dan segarnye. Tak mengantuk langsung. Padahnye bila dah selalu sangat tidur lambat. Haa padan lah dengan muka sendiri kan. Dah tak boleh tidur ni apa lagi kerja aku, mesti lah On apa? Onlinee.. pandai kawan-kawan. HAHA. Memang online jee lah, on FB, dah reply comments, tgk profile pictures org yang baru update, tgk status, dah puas stalk org.. opppsss terlepas pulak. Tu kerja sambilan je mase2 renggang time cuti2 ni kan nak tahu update2 gossips2 semasa. Ahhh macam kau tak buat jugak kan? :D *ayat nak cover camtu lah* HAHA.

Macam mana nak bagi tidur ni, makan dah, tgk tv pun dah, dgr lagu-lagu dah jugak, movie marathon takyah sebut lah. Bayangkan lah korean series yg berbelas episodes tu pun aku boleh ulang tayang dalam mase sehari jee. Gila kronik dah ni. Bace novel tahap jiwa-jiwa kapas pun dah layan. Pergh sedih je bace. Haha. So ape lagi kat diary alam maya ni gak lah aku gi. Nak tulis diary buku tu aku dah malas nak tulis, lagipun karang mesti aku sorok bawah katil ke dalam drawer penuh baju2 ke, bawah carpet ke mesti kantoi je dengan tiah or along. Pastu ape lagi kene bahan. Ish fed up lah nak tulis diary dah. Nak kene sorok lagi satu hal. Untuk langkah keselamatan baik takyah. Susah kalau ada mama juwie kat rumah ni. Haha. *kalau sape yang taktahu mama juwie tu apa, sila google eh, tu pun kalau ada lah info pasal dia.* :D

Tiba-tiba.. eceeh baru nak masuk title post sebenarnye kan..mukadimah mcm haram taknak panjang lah pulak kan..haha. kene lah ada intro sikit baru masuk body paragraph then baru lah ada conclusion kan? kalau tak nnt jadi lah essay yang tergantung yang menyampah utk dibaca walaupun cepat untuk disemak. erk apa ni. haha. ok back to tiba-tiba.. tiba-tiba..

*bape banyak kali tiba-tiba ni?* haha.. 

ok tiba-tiba aku macam terindu dekat sorang kawan ni. Terrindu.. imbuhan tak boleh blah kan? haha ye lah secara tak sengaja terindu pulak dekat sorang kawan aku ni. herm. dia takde lah lama sgt kenal. baru je lah dalam this year. kenapa terindu? bagus soalan tu.. next? hahaha. sebab rindu dia macam agak lama tak bergelak ketawa dan berkongsi cerita sama-sama. Rindu pulak nak dengar dia nyanyi, nak dengar dia bercerita, dengar dia bagi teka teki, dengar dia kelam kabut lari nak menyorok dari terkantoi bergayut. HAHA. Siapa dia? shhhh rahsia..  :) Dia antara orang yang banyak tahu rahsia aku sebenarnye. Itu pun kalau dia sedar lah. Dia ada jugak pernah ckp 

"dah tahu sebahagian cerita hidup u dah ain." 

oh okay, banyak jugak aku dah cerita dekat dia rupanya. Mesti bosan dah kan? HAHA Ingat lagi masa kene saman dengan pak guard because masuk mahallah lambat padahal tak lambat mana pun lah, mmg tengah stress time tu..bayangkan lah dah kene saman kali ke-4..pfttt taknak banyak pulak saman tu kan. Stress mmg takyah ckp lah. So dia ni lah yang bagi aku gelak time aku stress gila time tu. HAHA. Tu adalah di antaranya lah, banyak lagi benda yang dia buat bagi aku gelak.

Tapi lately dah jarang dah communicate dengan dia. Maybe dia busy or ada problems ke ape ke kan. So macam agak dull jugak lah life since dia dissapeared kejap. And td dapat a text from dia ckp the reason why dia hilang kejap. So mcm okay. HAHA. 

Sebenarnye macam dah hilang idea nak tulis apa td macam banyak je benda nak tulis kat sini tiba-tiba hilang pulak. HAHA. tp isi penting ada lah kat atas ni kan. Kalau rase boring dengan post ni sorry lah eh walaupun title "tiba-tiba" tu mcm ada unsur2 suspense tapi mcm mendap pulak rase cerita ni kan. Sape suh bace sampai habis. Padan Muka ! lain kali jangan terpedaya ngn title post ye. :D

Kepada dia: Sorry eh kalau kadang-kadang tahu saya ni memboringkan, saya ni tak pandai sgt nak buat lawak gila-gila, lawak-lawak gediksantai pun kurang. nnt saya baca komik gila-gila banyak2 eh. :) Sorry jugak sbb mcm banyak cerita kisah hidup ni. Mesti stress je pehal minah ni byk betul cerita kan. And and sorry banyak susah kan mintak tolong itu ini. And sorry jugak for everything. Jangan jadi chipsmore jugak tau. :) 
Friends for eternity yea. :)




Ini lah Dia. Oppss silap ini Vallentino Rossi. :D

*tak terasa mcm banyak HAHA ke dalam post kali ni? Kaaan? Jadi dengan ini saya isytiharkan Hari Gelak Sebentar Bersama Ain* HAHAHAHA.*