Monday, February 28

-

Pusing kanan kabur
Pusing kiri kurang jelas sama kabur
Kabus ke asap ke?
Aku pun tak pasti.
Lantakkan semua. 
Biarkan. 

Thursday, February 24

Soalan

Pernah tak rasa bila baru je kenal orang tapi rasa macam dah lama kenal?  

Ce jawab ce jawab. 



Sunday, February 20

Sakit Rumah

Memang weekends ni rasa homesick gila. bukan sikit-sikit bukan setakat saja-saja tapi memang terasa homesick sangat! kalau boleh aku nak terbang balik ipoh malam ni jugak, kalau ada kereta yang boleh terbang malam ni jugak aku naik aku balik. Memang banyak assignments memang banyak tapi rindu rumah lagi banyak dari rindu assignments. Eh macam comparison yang tak boleh pakai kan. Pernah pulak aku nak rindu assignments. Kejadah merepek apa pulak kan. Nak bukak Microsoft Words pun aku tak lalu dah, rasa nak muntah darah dah tengok. Kalau Microsoft bin Words tu orang mesti dia gembira dah hari-hari aku duduk menghadap dia je. Tengok punya tengok tenung punya tenung idea still tak keluar-keluar tapi kalau merepek dekat blog ke dekat facebook ke mencurah-curah pulak idea kan. iblis betul. haih. dah lah masuk harini je dah dua hari aku tak keluar bilik. setakat gi mandi, makan je lah. kira tak keluar dari mahallah lah. Serious sikit je lagi sikit je lagi boleh jadi gila. Orang tanye,

"lah kenapa tak keluar, keluar lah dengan sape-sape."

masalahnye takde sape nak keluar, ada yang balik ada date, semua ada individual activity minggu ni so tinggal lah aku terkapai-kapai duduk dalam bilik ni haa. 

Em dah lah, aku nak layan jiwa homesick ni. Sekian. 





Rindu.. :'(

Sunday, February 13

Gua ganas.

Orang ramai dah complain blog gua blog jiwang sangat. Apa kata gua tukar bahasa guna gua lu gua lu, lu rasa blog gua jadi agak ganas tak? HAHA.
Harini gua nak cerita gua keluar bersuka ria. takde lah ria sangat. tapi boleh lah. Mula-mula nak pergi taman layang-layang tapi tak jadi sebab hujan pulak turun. Takde rezeki kot kan. So jalan jalan je lah ke wangsa walk. Tak plan pun, orang ajak gua pun follow je lah. Seronok jugak lah. Nah gua malas dah nak membebel, gua nak bagi lu orang semua cuci mata. Jangan langsi sangat. Lu langsi lu mati. Haaa. Cukup ganas tak entry gua kali ni? ke tak cukup lagi? :D






Tudia pipi sebatu boleh nampak.




Gottcha Harith! :D



Dia dah kuar trademark dia.
"senyum nampak gigi tutup mata."


Eh sorry lah rith gua terupload banyak pulak. Kat blog takpe kan? HAHA.

Okay lah. gua nak pergi bersukan pagi-pagi buta ni. bersukan betul lah. siapa tak percaya pendek umur. haha Okay tu main-main. Gua berambus dulu. Cau cin cau.



Rasa macam pelik bergua lu gua lu.
mungkin next entry sopan sikit kot. 
:D

Thursday, February 10

Ujian

Lepas demam, sakit tekak, batuk dan sekarang sakit kepala yang menjadi-jadi.
Mungkin Allah S.W.T nak uji tahap kesabaran, sakit-sakit ketika kerja banyak menunggu nak diproses.
Allah S.W.T bagi sakit ini untuk kita ingat kita hidup di atas bumi ni atas kehendakNya. 

Takziah untuk keluarga sahabat Rossatiqa Yahya atas pemergian ibu tersayang pada hari ini. Semoga tabah dengan ujian dari-Nya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

...

Ikut rasa nak cakap je semua.
Biar jelas biar terang.
Kalau ikut kan rasa, takut nanti kena ketawa.
Nanti semua jadi ketara.
Jadi huru-hara.
Hilang semua.
Rasa tolong jaga hati, jangan bagi dia rasa. 
Tolong ya.


Wednesday, February 9

Oh yeah!

It's funny how big of an impact you have on me. 
It's like when I see you, you don't even have to speak.
All you can do is smile, and it can make my day. :)


Sunday, February 6

Homesick :(

Homesick homesick! rumah sakit rumah sakit! bukan hospital bukan bukan. Sakit nak balik Ipoh balik. Please bawak saya balik rumah. huhu. Eeee mengade je kan korang rase, baru sangat sampai Gombak, baru sangat, baru 5jam duduk dekat sini dah nak balik? Macam kau tak biasa duduk jauh-jauh dengan family? Macam kau baru je start masuk belajar kan? Macam kau duduk oversea pulok. Ada setengah orang tak balik rumah langsung pun mid break ni lagi lah kesian. Kau ni kecoh je. Mesti tu dalam kepala otak korang kan kan. HAHA. tahu dah. Alahai mintak maaf lah kalau meluat baca entry homesick macam gini. Well adat lah kan, baru-baru je masuk lepas habis cuti seminggu mesti lah homesick bagai. Alahai layan kan je lah keemosian keterganguan saya ni. Dah lah tinggal sorang-sorang je harini kat bilik. Esok baru lah semua roomates balik. Mana jiwa tak semakin kacau mana tak mana taknye! 

Dah lah start tak sihat balik, suara garau, selesema, batuk. Ergh time-time presentations belambak ni lah nak sakit tekak segala. Tu lah kan dah cakap tadi homesick. Percaya lah pleasee.. Ahaa. Nasib baik tak drive sendiri balik Gombak ni, kalau tak maunye patah balik rumah balik ni. haa jangan tak percaya lah. HUHU. 

Dah dah la cerite pasal homesick, cakap macamana pun still kene duduk dekat sininye pun kan. So be optimist. Amek nak sedapkan hati sgt. HAHA. Tadi pun dekat highway tak payah cakap lah kan, kereta memang banyak, jammed memang dah lumrah lah kan bila dah banyak kereta. Rasenye tadi kalau berlari tengah-tengah highway tu takkan kene langgar punye lah. Confirm selamat, dah kereta semua pakat berhenti gerak macam siput baru lepas telan panadol je. Bayangkan lah kitorang yang bertolak seawal pukul 10am sampai Gombak dalam pukul 2pm. Dah macam dari Ipoh ke Nilai dah jauh nye. Tapi Alhamdulilah semuanya selamat sampai, ada je yang terlanggar sini terlanggar sana. Tu lah sape suruh pentingkan diri sendiri guna emergency road tu. Haih. Lek lu sap kok lu lah der. kan tak pasal2 dah kene langgar, kan tak pasal2 kene saman dgn traffic. Anda mampu mengubahnya. Dah apehal aku bagi ceramah lalu lintas pulak ni. HAHA.

Ok dah pasal semua karut-karut ni. Jom cuci mata. bhaha.



Izzati 


okay saya tahu saya tinggi sangat. -_-"


jengjengjeng siapa dia? :D


takyah nak melodi sangat.

dialah adam. ketua tingkatan kami dulu.



dan saya sebagai penolong ketua tingkatan
haa jangan tak percaya lah. :D



dia teman-gossip-sedih-suka dari dulu sampai sekarang! :)


hero remaja. :D


ada bakat menyanyi juga. haha


obersea! :D




Eh terbanyak pulak. 


Okay dah cuci mata? baguss. Sekian. :)


Apa Tunggu Lagi?

Takmau balik takmau takmau. Kenapa takmau balik? sebab banyak beban menanti dekat sana. banyak keje kena buat banyak kuasa otak kene guna. Tapi kalau cakap takmau balik seratus lapan puluh juta kali pun memang kena balik jugak. Jangan nak mimpi lah kan dapat berlibur berjoli sakan dah. Macam cuti ni berliburan sangat je kan. Kerja taknak banyak pulak time-time cuti ni. Haih. Apa boleh buat bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Ikhlaskan lah hati nak balik ke taman larangan masing-masing ye. Cuba sedapkan hati yang ada putera-putera kacak menanti dalam taman larangan tu. cewaah cewaah putera kacak bagai lah pulak kaan. Karut semua tu karut. HAHA. 

Dah banyak mengarut kelaut pulak dah. Esok balik pukul 10.30 pagi. haaa awal kan? ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. yela esok memang banyak punya lah orang nak balik kan. Lagipun bukan saya lah yang drive. Kalau saya yang drive mau pukul 10 malam baru bertolak balik ke taman larangan. kihkih. 

Dah dah cerita pasal kereta, lalu lintas bagai. meh nak cerita pasal ape yang jadi petang td. haa apa yang jadi? takde apa sangat pun. tadi jumpe schoolmates. syok gilah. gaya macam reunion je kan padahal kami bertiga je. 

"Thanks zati and adam! next time jumpe lagi ogaayyh untuk menghapuskan segala rindu dendam." :P

Pictures will be uploaded later. :)

Petang td jugak telah berjaya mengnaikkan dan mengempukkan lagi lemak-lemak tepu dalam badan ni. Sate 30cucuk, sotong rebus+kangkung, lai chee kang, abc. haa lengkap sangat lah tu pyramid kegemukan. 

Eh tak rase macam panjang sangat ke nak baca? dah penat kan? title entry "Apa tunggu lagi" tu apa? Laaah tak dapat-dapat lagi ke? Apa tunggu lagi balik lah !! Okaybye! HAHA.


Wednesday, February 2

Will you?

"Sometimes I feel as if this is one sided,you know? if you left me i’d chase after you,right away,but me,if i left you,I dont know if you would come after me…
Sometimes I just want to run to see if you’ll want me back."