Sunday, February 20

Sakit Rumah

Memang weekends ni rasa homesick gila. bukan sikit-sikit bukan setakat saja-saja tapi memang terasa homesick sangat! kalau boleh aku nak terbang balik ipoh malam ni jugak, kalau ada kereta yang boleh terbang malam ni jugak aku naik aku balik. Memang banyak assignments memang banyak tapi rindu rumah lagi banyak dari rindu assignments. Eh macam comparison yang tak boleh pakai kan. Pernah pulak aku nak rindu assignments. Kejadah merepek apa pulak kan. Nak bukak Microsoft Words pun aku tak lalu dah, rasa nak muntah darah dah tengok. Kalau Microsoft bin Words tu orang mesti dia gembira dah hari-hari aku duduk menghadap dia je. Tengok punya tengok tenung punya tenung idea still tak keluar-keluar tapi kalau merepek dekat blog ke dekat facebook ke mencurah-curah pulak idea kan. iblis betul. haih. dah lah masuk harini je dah dua hari aku tak keluar bilik. setakat gi mandi, makan je lah. kira tak keluar dari mahallah lah. Serious sikit je lagi sikit je lagi boleh jadi gila. Orang tanye,

"lah kenapa tak keluar, keluar lah dengan sape-sape."

masalahnye takde sape nak keluar, ada yang balik ada date, semua ada individual activity minggu ni so tinggal lah aku terkapai-kapai duduk dalam bilik ni haa. 

Em dah lah, aku nak layan jiwa homesick ni. Sekian. 





Rindu.. :'(

No comments:

Post a Comment