Sunday, October 16

Demi janji, hati aku tolak tepi.

Aku dah janji macam yang aku cakap semalam,
harini hati aku tolak tepi.
Aku tolak dia jauh-jauh.
Jauh ke atas di tepi bucu atas sana supaya aku susah capai.
Supaya aku tak rasa kesian dekat hati.
Gila, takkan aku nak mungkir janji.
Nanti dia merajuk payah aku, susah lah aku.
Aku ambil kertas-kertas aku bukak komputer aku mula menaip,
Lancar, Alhamdulilah.
Nasib baik aku ikut janji, aku tak lupa, tak pentingkan hati harini.
Terima Kasih otak, harini kau berfungsi. 


p/s Semoga esok otak dengan hati dapat berkawan baik jadi aku tak perlu tolak tepi salah satu dan tak perlu janji lagi.

Friday, October 14

Mana nak ikut?

Otak kata "berusaha, buat kerja tu sampai sudah!"
Hati kata "buat lek jee, macam lah takde esok kau nak buat."
Jadi bergaduh lah otak dengan hati, sama-sama nak menang.
Aku naik penat nak dengar mana satu, otak ke hati, hati ke otak.
Ye lah takut pulak kalau ikut cakap hati, otak terasa.
Tapi kalau ikut cakap otak, hati pulak terasa.
Aku kena jaga dua-dua.
Dua-dua penting untuk aku.
Kalau takde otak, bodoh lah aku jawapannya.
Kalau takde hati, kejam lah aku jadinya.
Jadi mana nak ikut?
Otak ke hati? hati ke otak?
Ahhh aku malas pilih.
Baik aku tidur tak payah pening pilih mana-mana.
Selamat Malam.


p/s: Bila aku baca balik, aku dapat tahu mana aku pilih. Sorry otak. Esok aku pilih kau pulak, hati aku tolak tepi. Aku janji. Mari tidur. 

Friday, September 30

Dasar binatang!

Kau tenung,
Aku renung,
Nampak kau pandang sinis.
"Sial!" hati aku keluar kata.
Kenapa aku yang kau pilih?
Kau makin hampir.
Aku makin gelabah.
Kau mahu terkam.
Aku langkah rasa nak terbang.
Celaka kau,
monyet!
Dasar binatang! 


Nasib baik aku lari cukup laju sebelum kau sempat peluk-peluk manja diri aku. Euuwww aku geli bulu-bulu kau monyet! Hari ini hari kau esok lusa hari aku pulak. Kau tunggu!

Saturday, September 24

Jangan Toleh!

"Jangan toleh belakang!" aku ingat lagi cikgu rumah sukan aku bertempik dekat tepi padang belakang garisan putih masa aku lari 4x100m zaman sekolah dulu. Tapi aku degil aku toleh jugak belakang sebab aku nak tengok budak rumah lain dekat ke tidak nak potong aku. Aku taknak kalah, aku nak menang, nak naik stage gigit pingat emas macam atlit-atlit yang menang tangkap gambar masuk surat khabar. Tapi aku degil aku toleh jugak, kalau aku ikut cakap cikgu aku confirm dah menang. Bila aku mula toleh belakang aku jadi kurang seimbang, toleh belakang sekali imbas sambil lari, aku hilang langkah terus jatuh gedebuk atas padang. Berpinar-pinar jugak lah bila momentum yang aku guna seboleh-boleh aku, tiba-tiba terseradung jatuh, terhempam muka atas tanah. Sakit campur malu, all in one. Kalau je lah aku tak toleh belakang mesti aku dah depa tangan melintas ribbon merah yang ada depan mata, mesti dah aku dapat gigit pingat emas atas stage macam aku idamkan tu. Tapi sayangnya semua tu hanya muncul dalam awan-awan atas kepala lepas jatuh sebab kes toleh tadi. Aku bukan sebenarnya nak cakap aku dulu atlit, aku dulu kuat lari, dengan cerita yang aku sampaikan ni. Tapi benda ni sama dengan hari-hari yang kita lalui sekarang. Ada benda yang kita tak payah toleh belakang, tak payah nak amik port apa yang dah lepas di belakang takut nanti kita terjatuh tak sempat gapai apa yang kita nak yang dah tersedia ada untuk masa depan kita walhal ianya depan mata menunggu kau datang.

Sunday, September 18

Ini realiti.

Fuhh fuhh tiup sini sikit sana sikit sipi tu sikit bucu ni sikit, Ye lah rasanya dah agak lama tak update entry baru. Entry raya pun takde. Entah cuma takde rasa nak menaip, huruf-huruf serupa lari lintang pukang bila start nak menaip dekat sini. Nakal tau huruf-huruf ni main aci kejar dalam otak nih. Terjatuh kang bangun sendiri. Harini rasa macam nak menaip, dah kurung dah huruf-huruf dalam otak ni biar tak lari biar berbaris buat ayat sebaris dua. Behave pulak dorang harini. So dapatlah taip serba sikit. Alhamdulilah, kehidupan jalan macam biasa. Takde lah pancaroba sangat boleh lah survive. Semester baru dah mula, lectures baru dah berjumpa, kawan-kawan pun dah tukar-tukar cerita, ye lah 5 bulan kan simpan semua bila jumpa rasa macam tak boleh simpan sikit-sikit, semua nak cerita dalam hari tu jugak kena habiskan. Haa ambik semua cerita terkumpul si jemah jumpa si temah, si zainab bengang dengan kelakuan si jah macam-macam ada. Yang paling penting dapat jumpa orang yang hari-hari aku kira hari kira masa kira jam kira minit kira saat nak jumpa sejak cuti 5 bulan dulu. Lepas jenuh kira semua lepas jenuh asyik berkomunikasi dengan teknologi semata, finally dapat jugak tengok live depan mata. Fulamak rasa tak percaya. Walau macam mana jauh macam mana lama tak jumpa, semua terpulang sendiri dengan diri, kalau diri dengan hati kata sanggup tunggu boleh tunggu semua boleh jadi realiti. Jadi ini realiti untuk aku. :)


Thank you love. :)

Saturday, August 27

Kesilapan.

Harini sumpah stress. Bukan stress puasa bukan, bukan stress tak siap baju raya bukan jugak. Tapi stress lain. Stress sebab borang perjanjian scholarship kpm pulangkan balik tadi sebab ada mistakes dekat penjamin 2. Penjamin 2 kena umur tak lebih 45 tahun and aku pegi letak penjamin 2 mama, tapi mama dah umur lebih 45 tahun. Stress gilaa kena buat baru, kena cari penjamin lain. Nak cari penjamin bukan senang. Semua orang pun takut nak jadi penjamin, takut yang dijamin tu lari. Careless mistakes. Sigh. Tapi Alhamdulilah tadi acu adik kepada mama nak jd penjamin kedua tadi. Acu jangan risau, ain tak lari pegi mana-mana. Janji. Hukk. Dah lah nak kena post balik semua benda nak sahkan lagi. Macam-macam kena fikir balik. Ingatkan dulu dah settled dah lega dah. Dapat pulak surat ni tadi, dah lah raya tinggal bape hari je lagi. Kena fikir pasal borang-borang bagai nih. Leceh! haih. Tapi nasib baik lah pihak kpm bagi buat pembetulan balik siap poskan balik, kalau PTPN memang terus reject. Kalau KPM reject borang ni haritu memang aku makan roti 50sen hari-hari dekat UIA. PTPTN aku dah stop pulak mase dapat scholar ni haritu. 
Bila dah lambat macamni, confirm duit masuk lambat nanti padahal tak sampai lagi 2 minggu nak start sem baru. Ergh, stress lagi tambah-tambah stress. :(

Nak Raya dengan aman please. 

Monday, August 22

Near to you.

I love you without knowing how, or when or from where.
I love you straightfowardly, without complexeties or pride;
so I love you because I know no other way than this.
-Pablo Neruda


No one knows what love truly is until you experience it for yourself . 





Sunday, August 21

Hope for the hopeless.



I'm gonna getttt youuuh soooon baby soon! 

*Rasa nak beli esok tapi duit dalam purse tinggal notes Rm1 5 keping, sila lah darab kan 1x5 is equal to? ya ya ya GREAT kan? Nevermind i'm gonna get youuu sooooon and i'm gonna buy pretty cute comel ololololo cases for you tooo. dah exaggerated gila, kang tak boleh tidur malam kang. Okaybye. Iphone? Herm dalam mimpi jelah. Okaybye lagi sekali.


Friday, August 12

Punca

Kita pernah berselisih rasa, bersilap sangka, berkata tak sepatutnya,
Buat kita jadi prasangka, bercampur rasa.
Tapi pernah kau fikir apa punca wujudnya semua?
Kau tolak semua prasangka semua rasa, kau cari punca,
Cari sampai jumpa.
Aku rasa kau tahu puncanya, 
Aku tahu,
Kita tahu,
Semua sebab satu.
Sebab itu. 
Kau rasa itu berbaloikah untuk berselisih rasa? 
Tidak, itu kata aku.
Kerana apa?
Kerana punca itu pada aku bukan siapa-siapa.


Maaf untuk kau aku tak pernah ingin punya ada musuh. Maaf juga kalau kau pernah terasa, juga pernah rasa wujudnya aku menjengkelkan rasa. Manusia kita wujudnya berbeza-beza. Bermacam perangai bermacam agenda. Kita tak sama. Lain yang digambarkan, lain yang diceritakan. Kerana itu wujudnya rekaan wujudnya kebenaran. Kita makin dewasa. Tak perlu buang masa untuk membebankan otak, membebankan rasa, bercakaran kata hanya kerana itu. Maaf sekali lagi. Aku rasa cukup untuk ini dan hanya sampai disini. 

Tuesday, August 9

Dicuri dan mencuri lagi.

Kali ni bukan saja kes dicuri, tapi aku juga turut sama mencuri.
Jadi aku pencuri?
Hah untuk dia aku sanggup digari, masuk kereta waja polis untuk tuduhan mencuri satu hati.



Saturday, August 6

Nicest Thing.

Friday, August 5

My 21st Birthday.

5 August 2011, 

I've just turned 16 teen years old. Can't believe i'm 16 teen now. Okay okay, i knoooow. Enough being perasan-muda-sebenar-dah-tua lah farah kan? Fine~ I'm just turned 21 years old on 12 midnight today. Alaah just turned 21 maa still muda what. Kan? -_-" 

Well, I'm celebrating my 21st birthday at home this year, no surprise party, pranks from friends like last year birthday. Selamat! But i'm glad, this 21st birthday i'm having it with my family at home. Nothing special, bersahur and berbuka puasa together, yet having them on my special day is more than enough for me. I don't need cakes, i don't need expensive presents. I just need them on my birthday. It's more than enough for me. 

I have reflect a little bit of what i have done this 21 years. I can see i've grown up literally. Yeaah, i know i've grown up so much, become the tallest in my family, at school, in uni. That's obvious isn't it? Well just skip about the psychical grown up shall we? haha. I mean, i've grown up soo much in terms of mentality. I can see that. I'm more aware of what decisions to make, i can see the goods and the bads of something and i'm no longer being clingy to others, I can do things independently now. Trussst meee, I aamm now. Haha.

Alhamdulilah, praise to Allah, i'm still alive, awake and still breathing after 21 years. Thank You Allah for giving me the opportunity to share my love with my family, loved ones and friends.

Thank You to my parents for raising me, for caring for me in 21 years since the day i was born. Oh no, since before i even born until now. Thank You Ayah and Mama. I really love both of you, OMG soo much! Thank you for the perfume too ma. I know you're gonna stalk my blog sooner or later. :) Thank you to my sister, along and my little-naughty-mengada sister, teah. Much love! 

My thank you will also goes to someone special whom has been countdowning my birthday date since 2days ago until the last second before the clock strikes 12midnight. I hope you don't mind that i put down in words how wonderful life is now you're in the world. Thank you for making my 21st birthday the best birthday ever. Thank you so much love. :)

Not to forget, to my friends, Thank you like a billion bazillion gazillion times from the bottom of my heart for your warm wishes and prayers for me. I really appreciate each one. I am!  

I hope i can do anything i can to be the best thing to other people. Thank you for remembering me on my special day. Nothing's greater than having the people i love and love me as well around me. Okay, that's it i guess. Happy Birthday to me! I'm 21 ! Weehoo! :)


Favorite tweets. :)
*Right click for better resolution


The best 170++ people. 

Thank you!! :)


Thursday, August 4

Legendary.

Harini disebabkan rutin harian tak begitu banyak. Masih same seperti hari-hari yang sebelum ni. Macam sebelum ni banyak je gaya cakap tu kan. Jadi tadi bukak lah folder gambar lama-lama zaman Centre for Foundation Studies IIUM, Nilai. Ya Allah, sumpah aku terkejut. Terkejut sebab dulu kurus!! Pipi "pau" sumpah tak wujud lagi time tu. Slim melim je i noks. Ok macam kurus sangat-sangat je dulu kan, tapi serius dulu tak segebu-gempal-onononolemak semua kurang. Ye lah, dulu walaupun class dekat setapak dua dah sampai, tapi dulu memang nafsu nak makan tu kurang. Adakah sebab kedai pakcik dan makcik kurang menepati selera? Tipu sangat. Mantap kot Tomyam dengan Kuewtiaw Kungfu dekat kedai makcik. Serius kalau sekali rasa nak lagi. Memang mase baru-baru masuk Gombak, kitorang sanggup drive balik Nilai sebab kempunan Kuewtiaw Kungfu kedai Makcik. 

Nilai mungkin ada ramai yang cakap, ape ada Nilai? Sesungguhnya Nilai amat bermakna masa Hari Raya bakal menjelma. Sebab apa? Sebab kedai kain dekat gila! haa borong lah kain baju raya dekat Nilai satu. Jalan kaki je kot. Kalau nak up lagi pegi ambil teksi cakap nak pegi Nilai Tiga. Kena bayar dalam RM8.00 atau kalau korang baik dengan "Abang" teksi tu mungkin dia akan cakap "takpe lah dik, "abang" belanja harini" Tapi dulu kitorang pegi takat Nilai Satu je lah. Dekat, senang, jimat. haha. 

Apa lagi ada dekat Nilai? emm emmm. Semestinya kalau korang tanye budak CFS Nilai, diorang akan terus cakap, GIANT!! Memang Giant je lah shopping-complex-terkemuka yang ada dekat Nilai tu. Memang ramai lah budak-budak UIA petang-petang jalan kaki pegi Giant. Haa nampak? aku dah tahu kenapa aku kurus dulu. Pegi Giant jalan kaki kot. jauh jugak Giant tu. tapi sebab kan itu je lah tempat nak pegi beli barang memang gagah jugak nak pegi. Tapi bila balik tu mesti lah naik teksi. Kau gila nak angkut mineral water 1.5kg tu jalan kaki? Kalau ada boyfriend senang, suruh je dia angkut mase jalan kaki tu. HAHA. Tapi masa dekat Nilai, brothers semua stok-jual-mahal-hidung-tinggi-dada dabik. Sebab apa? Sebab brothers populasi mereka kurang dari sisters, jadi pasaran saham meraka pun jadi tinggi bukan main lah. Betul tak? haha. Herm, kalau dah bosan sangat makan dekat cafe takpun Block B which is block brothers, memang jalan kaki lagi pegi MCD. haa nampak lagi? semua jalan kaki kot masa dekat Nilai. Aku dah tahu punca lemak-lemak-tepu-degil-aku muncul. Haih.

Tapi dulu aku dengan kawan-kawan, hampir setiap minggu kitorang outing. Tak sabar tunggu Sabtu. Sabtu pagi je seawal pukul 9 pagi kitorang dah siap-siap dah nak keluar. Taknak awal sangat pulak kan? Almaklumlah Nilai kan jauh dengan KL. Dalam sejam lebih naik KTM. Tu pun kalau KTM tak buat hal. Kalau buat hal alamatnya memang 2jam. Macam dah boleh balik Ipoh. Masa dekat KTM tu memang dah boleh agak dah, budak ni mesti budak UIA, budak ni mesti USIM, budak ni mesti INTI. Memang penuh, kalau lambat memang sesak. Bila sesak tu macam-macam orang boleh jumpa dalam KTM tu. Pengalaman paling menyampah bila ada orang tegur "hai nama apa?" ohh abang sungguh cliche lah pickup line abang. 

Tempat yang selalu kitorang pegi dulu tak Mid Valley mesti BB, kalau rajin baru lah pegi KLCC. Nak jejak Curve jauh pulak taktahu nak naik train ke ape ke. Mid senang sikit naik KTM je terus sampai. Dah lah kena balik sebelum pukul 10. Yelah curfew. Penah dulu kitorang terlajak sampai lambat dekat Nilai, dalam pukul 12 camtu. Nak overnight malas. Ape lagi curi-curi masuk lah ikut pintu belakang cafe. Tapi pintu "naingsengmatakajisematilum" tu tak bertahan lama sebab fellow dapat tahu. Pintu tu siap kena kunci besar baik punya. haih. Dulu setiap minggu mesti keluar punye lah kalau tak keluar balik rumah walaupun Nilai-Ipoh 4jam dengan tiket mahal, tapi redah jugak sebab nak balik. Walaupun kalau nak balik rumah kena mintak sign fellow hari Jumaat tu dengan kena bersebab, tetap nak jugak balik. Sekarang walaupun dekat susah gila nak balik sebab kerja banyak.

Kalau nak tulis semua kenangan masa dekat Nilai dulu rasanya esok lusa tulat belum tentu habis lagi. Pengalaman selama Setahun setengah tu memang banyak. Pernah sesat masa nak balik Ipoh, sorang-sorang jalan dekat KL area Pudu tengah malam sebab taktahu Pudu dekat mana. Masa tu pengetahuan pasal jalan-jalan dekat KL serius zero. Masa tu jangan tak ingat menggeletar. Alhamdulilah masa tu dapat jugak beli tiket nak balik, masuk je bus duduk dekat seat. Menangis sebab takut sangat. 

Tapi betul lah orang-orang selalu cakap, belajar dari pengalaman. Dalam tempoh setahun setengah tu, kita dapat kenal siapa kawan siapa bukan, mana baik mana buruk. Jauh perjalanan luas pengalaman. 




Last semester in Nilai - Benl 083074


Awh miss them. 


During Sars. Find me if you can. LOL


Before Computer class which is basically free-onlining class. :D


Our successful play! :)


The best people.


These are the memories which will never be forgotten. This is what is called to be legend wait for it wait for it dary! legendary!:D

Wednesday, August 3

Curi.

Dia datang curi lagi.
Curi sikit-sikit.
Tapi hari-hari.
Aduhai, lama-lama jadi banyaklah yang di curi.
Tapi aku tak pernah kisah.
Tak pernah complaint.
Tak pernah rasa beban.
Tak pernah rasa sesak.
Tak pernah rasa nak menyumpah.
Apatah lagi menyampah.
Tapi aku rasa indah.
Rasa beruntung.
Datang lah, curi lagi sampai penuh.
Aku tunggu.
Izin aku curi bahagian kau juga.
Aku mahu.







Monday, August 1

Ramadhan Kareem.

When we present anything to our loved ones we try to buy the best thing and decorate it nicely to make him or her happy. Its time for us to present something to Allah our creator, thus present your fast this Ramadhan with your heart and soul. 
Salam Ramadhan. :)

Friday, July 29

Auuumm

Semalam aku syak semua mesti ramai gila pergi stadium kan? Mesti berhimpit-himpit nak duduk kan, nak tengok pun kecik halus je tak nampak, mana taknye seat taknak pulak sebatu jauh dari padang tu, lepas tu kalau tengok dekat stadium sure tak dapat tengok replay goal clear clear kan? Pastu tak dapat tengok muka Khairul Fahmi i jelas sejelas jelasnye kan? Lagi satu time second half takleh nak masak maggi makan sementara tunggu game start balik kan kan.haha. Okay tu semua sebab symptom jealous-aku-tak-dapat-pegi-stadium. Tapi takpe lah, aku sokong terus dari hati ke hati Khairul Fahmi. Eh tak, sokong Hariumau Malaya dari rumah je lah. Start je game ayah dah jerit panggil nama aku dah "Ain game dah start cepaat!". Haa kalau dekat rumah ni memang aku je lah peneman Ayahanda nak tengok bola, sebab takde anak lelaki kan. Dulu ingat lagi zaman kecik-kecik ayah angkut pegi tengok bola, dengan naik motor nye. Bila habis game aku dekat belakang mesti tidur. Bayangkan tidur time naik motor. Memang ayah aku pegang je lah takut melayang. Ye lah dulu ringan, sekarang lagi ringan. HAHA. Mama banyak kali marah ayah bawak aku gi stadium dulu sebab adat lah kan kalau kat stadium kan orang banyak tak puas hati keluar lah perkataan macam blabla blabla dan blabla. Sampai ayah tutup telinga aku tak kasi dengar. Kelakar bila ingat balik. Okay dah jauh melalut dari game semalam. 

Back to the game, semalam memang geram dengan player Singa tu,sikit-sikit jatuh, takde contact ape sangat pun tapi muka tu sakit mengalahkan jatuh bangunan lima tingkat. Tapi yang peliknya, mula-mula sakit macam kaki tu dah patah teruk habis macam confirm masuk ICU, tapi bila dah bawak naik stretcher, keluar padang 2minit lepas tu masuk padang senyum senyum kambing balik. Eeee taknak pulak rase nak sekeh kepala. Tengok Khairul Fahmi i tu, dia selamatkan banyak bola semalam, dengan terduduk tertonggeng tersungkur tertirap semua steady je tak merunggut ape pun. Tapi at last terbolos jugak satu goal untuk Singa. Menyirap. Tapi takpe lah, dah takde rezeki kan.

Tapi semalam memang catat sejarah, orang-orang dekat stadium memang macam semut. Ramai. Sungguh. Tak kira Melayu, Cina, India semua bersatu sepakat untuk satu, Bola. Itu kita patut bangga. 

Yang pasal isu laser dekat penjaga gol Singa tu menunjukkan yang kita ni maju dah nak capai wawasan 2020. Mungkin jugak sebab laser tu penjaga gol Singa tu tiba-tiba migraine masa second half sampai melambatkan masa ye dak? haha.

Ape-ape pun, tahniah untuk team Harimau Malaya yang dah berusaha keras. Congrats untuk Singa dengan banyak adegan drama yang kalau ada anugerah pelakon terbaik atas padang, memang kesebelas mereka menggodol anugerah tu tanpa perlu undian SMS pukal. 

Yang paling penting semalam, abe ami i (Khairul Fahmi) meme paling segok. Tangkap tepis sepak bola segok sungguh. Meme doh takdop lain abe. Abe sore jah. Aidil pong doh tolok tepi. :D



Aummmm :P

Tuesday, July 26

Slowly, I'm falling.

Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni aku macam kekurangan idea nak menulis dekat sini. Taktahu lah, mungkin aktiviti aku pun berulang-ulang macam Tom bila nampak Jerry dia kan asyik kejar Jerry je. Bila Tom nampak Jerry je dia kejar, bila nampak je dia kejar. haaa macam tu lah. Macam takde kerja lain. Nak tahu ape aktiviti aku lepas aku berhenti kerja? Bangun je pukul 9 aku pergi sidai baju, karang kalau bangun lambat karang jiran-jiran nampak pulak aku ni stok-takboleh-buat-menantu kalau jemur kain petang-petang kan. Kena lah jaga sikit air muka ni walaupun mase sidai kain tu air muka ni taknak pulak berseri-seri macam bunga seri pagi ke kembang pagi. Okay tu tipu. Muka taknak pulak macam cekodok lemau patut makan pagi tapi makan waktu malam. Ahh peduli. Lepas tu basuh pinggan, lepas tu mandi, lepas mandi sapu rumah sikit-sikit lepas tu bukak tv lepas tu tenung siling macam nak pecah nampak langit tembus angkasa nampak satellite. Haha. Mesti lah lepastu online. tapi hari hari online pun mau tembus screen laptop ni oiii, taktahu nak tengok ape dah. Cuma kalau  malam-malam tu ke "laman-sesawang-angkasa" terus bosan jadi tak bosan dah ubat bosan semua depan mata. Opss dah. Haa orang yang baru je habis short sem semua cakap dah dapat rasa bahang bosan cuti. Tu tak sampai sebulan cuti tu, aku ni yang dah nak dekat 3 bulan lebih cuti bukan takat bahang tapi lebih kepada gunung berapi yang dah muntahkan lava dia tu. Sungguh, aku dah tak lalu dah dengan rutin harian ni. Ini pertama kali dalam sejarah rasenya aku cakap "aku nak cepat balik Gombak" kalau tak selalunya "homesick...homesick...." muka macam zomba bila sebut homesick tu. Tapi ada jugak kelebihan duduk rumah ni, aku dapat mengenal lebih dalam siapa aku dan apa yang aku nak selama ni. haaa okay tu lagi sekali tipu!  

Malam ni aku rasa tiba tiba nak menaip banyak, kalau tak larat baca, baca takat atas tu je yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entry. Okay bye. Tapi kalau nak diikutkan tajuk entry kali ni boleh bawak dua maksud jugak kira ada bau bau asap rokok ada jugak macam bau asap kereta.

"Slowly, i'm falling" boleh jugak bawak kepada bosan lama lama aku rasa nak jatuh. :D

atau

"Slowly, i'm falling" Aku mula rasa aku jatuh haaa kena hati-hati sebut ni takut terjatuh. heh. well, just figure it out yourself. i'm not gonna tell. Noo. 


Sungguh, Aku pernah lalui macam macam cerita macam macam kemalangan emosi.


Tapi benar, Tuhan temukan kita dengan orang yang salah sebelum Dia temukan kita dengan seseorang yang betul tahu menghargai apa adanya kita. 

Tadi aku terjumpa ni, rasa macam bagus pulak rasa macam nak kongsi,

"Don't leave something good to see if you can find better, because once you realize you had the best, the best found better."


Wednesday, July 20

Sama rasa

Dia dengan aku
ada beza
tak semuanya sama.
Ada yang aku gemar dia tidak
Ada yang dia suka aku tidak
Tapi
Aku dengan dia setuju dengan satu
punya rasa yang sama.
Untuk melengkapi.

Monday, July 18

Jodoh

"Tuhan,kalau betul dia jodoh,biar aku lawan untuk jodoh ini!" 
-Zahiril Adzim

:')

Wednesday, July 13

Baran.

Sebelum kau nak bercakap buruk tentang orang, cuba ambil cermin, cermin keburukan diri sendiri dulu boleh?

Kau nampak tak? ke nak aku besarkan lagi?


Untuk engkau :
aku tak pernah membabi buta membudgetkan diri aku macam yang kau canangkan tu. Nak type perkataan ni pun buat aku tak lalu. Buat aku rasa meluat. Maaf, dengan kau pun aku bertambah meluat. 

Saturday, July 9

205 km away.


:'(

Monday, July 4

Acrobatic blood concertina.

I honestly have the greatest time talking to you. You have no idea how the littlest things you say put the biggest smile on my face. I never really realized it, but now i I have. I enjoy talking to you. Exchanging with remarks and retorts with each other. I can't help but laugh at how we tease each other the way we do. I can't help falling for it. In turn, I couldn't help falling for you as well. Whatever it is between us that we have, it's only between you and I. That's what makes it special for me. That's what makes you special to me. Just thought I'd let you know. Talking to you makes my day. :)



Thursday, June 30

It's 2pm baby! :)


They're back with their 2nd album.
Hands Up.

Haa seriously imba lagu lagu dalam album 2pm kali ni. Ops did i use the word imba over there? hikhik. alaaa biarlah baru belajar so excited lah nak guna. Imba kan? dah tak noob daah. hihi. :P

Banyak tracks yang best dalam album ni. My top 5 tracks will be:

1. Hands up.
2. Give it to me.
3. Like in the movies.
4. Noticed.
5. Hot.

Tapi tapi yang macam kecewa sikit dengan comeback yang baru ni sebab rambut Nickhun tak cantik boleh? kenapa penyek camtu? eishh rase nak potong je. Taknak letak gel banyak sangatnye pun sampai keras macamtu? haish. 

Entry kali ni berunsur K-Pop. :D

Wednesday, June 29

Semoga Berjaya.


Good Luck for your finals!
All the best awak.
Kalau blurr tu ingat lagi kan petua saya bagi masa last sem? 
Fighting! :P


cantik kan orang lidi saya.:)

Tuesday, June 28

Pilihan.

Tuhan menjadikan kita berbeza-beza,
Kalau kita cari,
Pasti jumpa,
Tapi jumpa yang macam mana?
Kita yang buat pilihan.
Kita yang buat keputusan.



Comel kan baby mason. Pilih dia lah.:D

Tuesday, June 21

All about you.

I don't mind when our conversations get a little boring or when we're texting and we run out of things to say because just having you is enough to make me happy. :)


It has been 3 months and 8 days from the last day we met. :'(
I miss you so bad.

Saturday, June 18

Headache.

I try my very best to avoid headaches, but once and awhile they creep in on me. I really hate headache! who likes pain anyways right? i can't even sleep well after taken a few medicines and even lights and sounds do bothers me. It feels like my head having a really massive spins and my neck feels tensed and my head's gonna burst onto pieces. I rather close all sources of lights and stay away from any noises which can make my head and neck becomes tensed which i can even stand the pain. One of the most annoying things for me about headache is that sometimes you get one that is rather persistent. You take a shower, a nap, some pills and yet still the headache is there once the pills effects wear off. I hate that! I try to get rid of my headaches usually by taking a few extra-strength pills and take a nap if need be. Depending on how tense my neck is, I will sometimes take a few times shower to try loosen my neck muscles. Like i said, I do whatever I can to avoid headaches because for me, they do not go away very easily which i can still feel the pain when i'm sleeping. Can you imagine how hard the pain is? :( 
I have already having this kind of headache since i'm in my primary school. Sigh. Too bad huh? It is. but yeah, this is just a small test for me given by HIM. There's a lot more people out there who suffered from various dangerous untreated diseases which can bear all the pains. 

Oh headache please stay away from me. I don't need you. 





 

Friday, June 17

Don't judge a book by its title.



Zahiril Adzim's first masterpiece will be out on the 18th June 2011. Finally !! "Bogel Menuju Tuhan". I have to get this. Like seriously. I'm in love with his writings, his poems. Aaaaa nak pergi his launching on this coming Saturday at Central Market! BUT too bad i couldn't make it. Jauh sangat. Haih it'll be good if i'm now in Gombak for my short semester. Ah sudah, forget about the if, memang benda dah tak boleh pergi kan. So, dah tak boleh beli time launching i've to buy the book through online je lah. Eeee tak pernah buat pulak. Dah lah banyak procedure. Tapi nak jugak nak jugak. haa dah hentak hentak kaki dah ni. HAHA. Lepas tengok cover buku bertambah hentak hentak kaki lagi nak beli. HAHA.


Sorry ajim sejak akhir-akhir ni i banyak abaikan you, tak tengok theater you, tak pergi launching first book you, tak tengok lagi movie baru you, kadang-kadang terlepas tengok Juvana. Tulah siapa suruh you bertunang awal sangat. Haih.  :P


Thursday, June 16

Bila rindudududu.

Title entry taknak pulak macam jiwang kan. Dah lah orang pernah cop blog ni blog jiwang. HAHA. Takpe lah, saya masih menanamkan prinsip blog-i-jiwang-pun-i-yang-jiwang okay mengarut. Dah cuti lama macamni rasa rindu dekat kawan-kawan tu biase lah kan. Nak jumpe masing-masing duduk taknak berbatu pulak jauh, suruh dorang pindah Ipoh taknak pulak. Hihi. Lagi bertambah rindu bila takde buat ape-ape dekat rumah. Hari-hari kerja menghadap laptop. Muka pun dah nak macam laptop ni dah petak je. Haha. Bila rindu tengok gambar-gambar je lah, nak tengok? nah.. tengok je boleh nak ngorat isi borang. hahah. 












Dah.Okaybye.:)


Tuesday, June 14

I'll Back Off So You Can Live.


Amazing song and amusing MV. :)

Sekali Lagi




New movie featuring Lisa Surihani and Shaheizy Sam "Sekali Lagi". Habis lah mesti ada orang tu nak tengok cerita ni banyak banyak kali sebab ada Lis dia. Takpe nasib baik ada zyzy jugak dalam tu. Baru fair. haha. "zyzy" taknak macam geli pulak bunyi nama manja gitew. tukar tukar Shaheizy je lah baru macho. haha. Okay nah tgk lah trailer ni, nampak macam boleh tahan. Layan kan je ada Lisa kan. :P hihi 


Wednesday, June 8

Defense of the Ancients

Kalau tengok je title post tu, yang mana gamers tegar sure dah dapat tangkap dah ape benda Defense of the Ancients tu kan. Senang cakap or short form dia DOTA je lah. Pendota tegar tengok huruf D tu pun dia dah tangkap dah tu nak cite pasal dota lah tu kan. heh. Pelik eh kenapa tibe-tibe cik kak eh cik adik ni nak bercerita pasal dota? eheeem.. Saje je. Biase lah cuti-cuti ni takde buat ape-ape sangat kan. Haritu kerja now dah jadi pengusaha cherry je kat rumah so i did some research on Dota. Kemain research pasal dota. gelak sikit jom. hihihi. sikit je dah. Can you guys believe it that i just did some research on Dota? Taknak macam bersungguh pulak dia ni ber-research bagai kan. haha. Nak memahami lebih dalam ada apa dengan dota sebenarnye. :P
Kebanyakkan info yang jumpa dekat blog, macam biase lah luahan hati girlfriends pendota-pendota tegar ni yang cakap dorang dilupakan lah dikeduakanlah because of this online game. Sampai ada yang cakap dota ni musuh tradisi dorang. Pergh hebat jugak penangan dota ni kan. Rata rata orang yang cakap Dota ni Dunia Orang Tanpa Awek. huish. tapi tengok ada je yang pendota tegar ni ada girlfriend. Sebenarnye depends lah dengan pendota tegar tu sendiri macamane dia nak organize mase dia between dota and girlfriend kan. Tapi orang pun cakap jugak kalau main dota ni mana boleh kejap-kejap. Satu game dah sejam, tu baru satu game belum main bergame-game. Membawak ke pagi tak tidur malam jugak lah kan. 
Kenapa girlfriends dorang ni sampai marah betul dekat dota ni? Ada yang cakap sebab bila main dota ni boyfriend dorang tak text terus, takde mase nak layan dorang lah macam-macam lah, kalau nak list memang sampai tulat tak habis lagi. Kalau pasal ni, well both kene memahami each other sebenarnye. Okay, to the girls, cuba letakkan tempat korang dengan si boyfriend and tukar kan Dota dengan shopping. Well perempuan kan selalu dikaitkan dengan shopping, so this is the best comparison i think. Macam dota, guys will probably said that "kalau tengah main dota nak reply text susah kot, nanti hero mati lah." which means yang Dota needs a lot of concentration and the best strategy to win kan. Macam pandai sangat pulak cik adik ni padahal dulu mase game Dota ni ada dalam laptop main seminggu tak faham ape dah tu humban dalam recyle bin. Serious dulu try main tak faham langsung. Mati je. Stress. HAHA. So dorang macam taknak gangguan. Same macam girls kan bila shopping, susah kan nak pilih baju lagi, nak try lagi, nak text boyfriend lagi kan. Memang lah setengah girls ada yang multi-tasking but selalunya mesti nak concentrate pilih baju ke shoes ke whatsoever kan and will cakap dekat their boyfriend macamni "Sayang, i'll text you later. Ada hal sikit." kan? BUT for the guys jugak kene lah consider, tak boleh abaikan terus. Well you can start by call your girlfriend and cakap a few minutes and cakap elok-elok that you want to play Dota and you'll text them back later. Haa tapi kene lah betul-betul text dorang even korang rase girlfriend korang dah tidur ke ape ke, just text them so that they know that you guys are actually does not neglecting them 100% because of dota. 
Haa hebat jugak dota ni kan. heh. Well for me its better for the guys to play dota rather than cheating on you because of another woman. Kaaan? That could be worst than just spending their times with dota. 
Kalau takmau rase jealous sangat with dota apa kata create a dota character dengan muka girlfriend. Baru semangat nak main kan kan kan, mesti jaga elok-elok tak kasi kene bunuh kan and girlfriend pun tak boleh membebel lagi sebab boyfriend dorang tengok muka dorang je dalam pc tu. Awwwh sweet kan? I nak jugak lah buat satu muka i untuk dota character bagi dia guna. Sukanyeee! Boleh tak awak? Eh dia mana ni? haha :D



Wow romantic juga dota ni. haha


Haa kalau ini memang JEALOUS ! Hmph.

Monday, June 6

Nora Elena

Haa sure semua orang pun dah tahu pasal nora elena ni kan? Aku je lah yang lambat tahu rasenye. Bukan sebab ape mase first episode cerita ni start aku tengah sibuk mencari rezeki rasenye.haha. Semua orang buat status pasal Nora Elena, Seth lah tapi aku macam blur blur ayam jee ape lah Nora Elena lah Seth ni lah. Jenama tilam baru ke Seth ni kan. Aku pun tak amik lah port sgt sampai lah kakak aku bagitahu cerita ni best sangat. serious best. Aku pun dengar je cerita ni diadaptasi dari novel, aku terus macam nak tengok. ye lah selalunye kan novel novel ni cam best kan. So aku pun google lah nak tengok cerita ni. At first nak tengok dekat tonton but tak dapat pulak sebab dah tak ingat password, dah taknak macam complicated pulak bila nak tukar password dekat situ. So aku google je cari nak tengok online and terjumpa satu blog ni yang penuh link nak tengok cerita Nora Elena ni dari first episode sampai lah last yang dah ditayangkan dekat tv. Macam senang lah nak tengok walaupun kadang-kadang taknak pulak lambat kalahkan ulat gonggok berjalan kan. Sekarang ni pun baru habis episode tujuh. Memang tak rugi kalau tengok. Serious cerita ni best dari cerita Cinta Melody yang tersangat lah tak logic dan sangatlah buat emosi jadi celaru nak marah marah bagai sebab hero dia asyik tak boleh fikir logic and fikir macam budak lima tahun fikir nak beli chocki chocki ke nak beli supering. Even though hero dalam cerita Cinta Melody tu memang tak dinafikan kacak tapi memang jauh beza lah jalan cerita and kualiti dengan cerita Nora Elena ni. Aaron Aziz pun hensemmm pee dalam cerita Nora Elena, dah lah sweet gila kan. Nama pun taknak pulak sedap Seth. haha. Ok ok cukup sembang pasal Seth pasal Aaron Aziz, nanti ada orang jealous. :P
Lepas ni mesti ramai yang nak taruh nama baby dorang Nora Elena pulak kan macam dulu Nur Amina lah Maya lah Amani lah kan. Lepas ni semua berebut nak taruh nama Nurfarah Ain pulak. Ehhh tersilap lagi. :D



Yeay! dah ada benda boleh buat. Tak boring dah. haha

Thursday, June 2

Gila

Hoii boring teruk oiii. Ape nak buat ni? Boleh jadi gila macamni oiii. Boring gila sampai naik gila. Haih. 


I'm bored ! entertain me please! 




Haa sikit je lagi sikit je lagi nak jadi macamni.
Taknak nampak macam serious pulak kan? -_-"
Memang serious lah pun !

Wednesday, June 1

Dia

Dia manis macam gula-gula
Eh tak lebih manis dari gula-gula.





Eh tersilap gambar pulak. :P



Tuesday, May 31

Rezeki

Harini result untuk KPM scholarship finally released. Dari semalam lagi jantung dupdapdupdap macam nak terkeluar je. Mandi tak basah tidur pun tak lena. ceh tipu je tidur tak lena padahal bangun taknak pulak terlewat sikit tadi. sikit jee tak banyak lewatnye lah. haha. Okay back to scholarship. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi atas rezeki yang diberi. Buka je website www.moe.gov.my terus click je dkt pemberitahuan tu masuk number Ic, tutup mata 25saat lepas tu bukak nampak words yang CAPS LOCK tu dulu, yang lain-lain tulisan halus tu semua tak baca lagi. Nampak je word tu hati terus jadi lega. Alhamdulilah sebab macam usaha yang dah dibuat mendatangkan hasil. Dari ujian Medsi ke interview 45 minutes di Tanjung Malim. Mula-mula macam dah tak yakin dah dapat, ye lah kene hentam teruk jugak mase interview haritu. Siap kene bancuh lagi bukan bancuh teh ke kopi ke eh tapi kene bancuh sebab tak berapa tahu soal politik. bukan tak ambil tahu, cuma pening dengan politik sekarang ni. It seems to be so complicated. Yang ni salah yang ni betul kejap yang ni betul yang ni salah. Jadi confused and jadi macam kurang minat nak tahu. Tahu sikit-sikit tu ade lah. heh. Enough about politics and stuff. Rase gembira bila call mama tadi and dengar suara dia yang happy, mula-mula buat drama sikit, 


"Tak dapat lah ma.. Takpe kan?"
"Yeke? takpe. Takde rezeki." 


Dengar je suara mama macam sedih sikit jadi macam tak sanggup pulak nak drama lama-lama.

"Dapat lah maa.. tolong print dekat office eh."

"haa? dapat ke tak?"
"dapat.. hihihi."
"Alhamdulilah.. dapat ye? eish main-main pulak."

Seronok dengar suara mama yang happy bila dapat tahu. Tu lah yang buat aku rase nak usaha seboleh mungkin. Nak happy kan mama dengan ayah. Alhamdulilah Allah beri aku peluang nak gembira kan mama dengan ayah. :) 


p/s thanks jugak awak dekat awak. :)