Friday, August 12

Punca

Kita pernah berselisih rasa, bersilap sangka, berkata tak sepatutnya,
Buat kita jadi prasangka, bercampur rasa.
Tapi pernah kau fikir apa punca wujudnya semua?
Kau tolak semua prasangka semua rasa, kau cari punca,
Cari sampai jumpa.
Aku rasa kau tahu puncanya, 
Aku tahu,
Kita tahu,
Semua sebab satu.
Sebab itu. 
Kau rasa itu berbaloikah untuk berselisih rasa? 
Tidak, itu kata aku.
Kerana apa?
Kerana punca itu pada aku bukan siapa-siapa.


Maaf untuk kau aku tak pernah ingin punya ada musuh. Maaf juga kalau kau pernah terasa, juga pernah rasa wujudnya aku menjengkelkan rasa. Manusia kita wujudnya berbeza-beza. Bermacam perangai bermacam agenda. Kita tak sama. Lain yang digambarkan, lain yang diceritakan. Kerana itu wujudnya rekaan wujudnya kebenaran. Kita makin dewasa. Tak perlu buang masa untuk membebankan otak, membebankan rasa, bercakaran kata hanya kerana itu. Maaf sekali lagi. Aku rasa cukup untuk ini dan hanya sampai disini. 

No comments:

Post a Comment