Sunday, December 19

Perangai Manusia

Dalam dunia ni terutama di bumi Malaysia ni, berbagai perangai manusia yang ada. Tak perlu cakap lah yang wangi ke yang busuk ke. Macam-macam lah ada. Kadang-kadang kita pun pening dengan perangai manusia yang sedia ada ni. Ada yang bergaduh, ada yang buruk sangka ada yang rasa mereka menjadi tumpuan untuk orang memuntahkan muntah muntah keji ke atas diri mereka sendiri. 

Kita sendiri boleh pusing belakang kiri kanan dan lihat semua manusia mempunyai perangai mereka sendiri seperti cap jari yang terdapat di ibu jari masing-masing. Apa yang aku cuba sampai kan? Ya memang tentang perangai manusia dewasa ini. Semakin muak untuk ditafsirkan.

Aku pelik dan musykil dengan perangai manusia. Aku tak pernah jelous atau perkataan yang lebih keji dan mudah difahami cemburu membuta babi. Aku jarang mengutarakan penggunaan kata kata keji dalam blog yang masih suci lagi bersih ini namun nama haiwan itu kini seperti sesuai untuk dipaparkan supaya mudah untuk difahami. Anda faham bukan? 

Intonasi aku seperti sedang marah? Mungkin kau boleh anggap seperti itu. Aku bukan marah sehingga mampu mengeluarkan kata-kata keji ke atas kau, itu bukan yang sepatutnya, tetapi kau harus faham dengan situasi. Kau bukan lagi kanak-kanak yang berumur belasan tahun yang masih menuntut di sekolah menengah untuk berperangai seperti itu walaupun kau marah. Aku juga pernah marah, marah dengan keadaan, tapi itu dahulu. Tak perlulah kau menghamburkan kata kata ketidak puasan hati kau kepada umum, tiada siapa yang kisah tentang apa yang terjadi tentang kisah hidup kau. Aku? Sekelumit pun tidak. Antara kau dan aku kita tak pernah bercakap mahupun duduk semeja sekali, jadi jangan mudah menghamburkan segala ketidakpuasan kau. 

Kau juga tak perlu lah melihat sekeliling dan mula menganggap semua orang ingin cuba ambil tahu pasal kisah hidup kau. Kau mahu bersama siapa di mana atau ke mana, itu kisah kau sendiri. Kau bukanlah artis yang sentiasa dikelilingi oleh pandangan mata-mata orang untuk dicanang-canang kisahnya di melodi. Kau cuma manusia biasa. Jadi jangan cuba anggap orang ingin sungguh ambil tahu pasal diri kau. Kau tidak mempunyai jalan cerita seperti Dato Siti Nurhaliza dan Dato K untuk dihebohkan. Jika kau mahukan hidup yang penuh privasi dan confidential, jangan cuba menjejakkan kaki ke alam maya. Cuba mengerti satu itu dalam-dalam ya? 

Jadi jangan mudah melabel sesorang semahu kau. Kau tidak punya hak dan bukti yang kukuh untuk menghambur omomg-omong kosong yang kau rasa sungguh berharga dan bermaruah itu. Kau hanya menjadikan diri kau kelihatan lebih jelik di mata manusia manusia lain. Kau layarkan lah kisah hidup kau semahunya, jangan kau anggap orang hanya berminat dengan kisah kau yang sebenarnya tiada apa-apa. 



Maaf post kali ini lebih kepada  unsur-unsur  emosi membabi buta yang datang dari hati yang sedang panas panas panas dan panas. 
Masa aku bukan untuk kau .





No comments:

Post a Comment