Monday, January 31

Rindu

Tiba-tiba rasa nak cakap aku rindu dia. Okay cuma nak cakap rindu dia je. Okay Bye! 






Friday, January 28

Padan muka!

Eh online !!
Alamak nak tegur ke tak tegur ke tak.
Emm biar dia lah tegur dulu.
Alahai apa salahnye aku tegur dulu.
Halah asyik aku je start dulu. 
Ok fine, tunggu dia tegur.


Tunggu..


Tunggu..


Tunggu..


............ APPEARED TO BE OFFLINE! 


Padan lah muka!




haih. pernah jadi kat korang? tu lah lain kali jangan cmni. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. anda mampu mengubahnya. 






Thursday, January 27

Mahu kembali

Lari aku dalam memori,
kemudian
teriak ku, ketawaku, menangisku,
aku mahu semua yang dulu,
aku mahu itu,
aku mahukannya semula.
aku MAHU.
tolong beri aku, aku minta.

Tuesday, January 25

Tiada Title

Orang pernah cakap Jangan Putus Asa. Usaha.
Tapi bila dah mula penat kita jadi tak larat jadi malas.
Mata dah penat, telinga dah tak larat, mulut dah kebas, hati dah keras.
Aku mula rasa cukup setakat ini usaha aku untuk itu.
Cukup setakat i n i. 




Monday, January 24

List

Ini bukan entry wish list nak beli barang atau list nak shooping baju raya atau apa. Ini list kerja. Untuk bagi ingat bagi tak lupa. Baru umur 21 tahun eceh belum cukup 21 lagi haha. Dah jadi pelupa. Teruk kan? Dalam tak sihat ni pun dalam kepala otak asyik fikir kerja. Cuti nanti jangan harap kau dapat bergembira suka-suka lah ain. Tahniah semua tahniah! Jom lah mula berkerja keras ! 
-_-"


Ergh! rasa nak muntah darah.


Rasa nak tumbuk orang pun ada! Meh sini kau!

Sunday, January 23

Something to Someone


“I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.”



Thursday, January 20

Rasa

Kalau je lah dia tahu.
Kalau lah dia rasa.


KALAU !



Wednesday, January 19

Cemburu buta.

Cemburu dan buta.
Kalau digabungkan dikolaborasikan akan menjadi cemburu buta. Bukan kolaborasi ana rafalli dengan zahiril adzim ya.
Apa yang kita nampak dengan perkataan cemburu itu sendiri.
Cemburu mesti, oh bukan PASTI adalah perkataan yang lebih sepadan untuk dikaitkan dengan pasangan bercinta. 
Buta? buta apabila kita tidak dapat lagi melihat walau sedikit cahaya. Tak terasa nikmat indah yang dikurniakan Tuhan untuk melihat.
Cemburu buta apabila pasangan yang bercinta bermadu kasih mula punya perasaan cemburu yang berlebih-lebihan atau tidak berpada lagi. Cemburu juga sering dikaitkan dengan perempuan namun, lelaki juga tidak terlepas dari perasaan cemburu buta. Ya, ini semua aku dapat dari pengalaman sekeliling juga, ya aku dulu juga punya perasaan cemburu. Tapi itu dulu, kini aku "lone ranger". Mungkin aku cuma cemburu bila zahiril adzim sudah punya kekasih hati. Eh zahiril adzim lagi? siapa dia? cuba lah cari sendiri ya.

Aku mula tergerak untuk menulis tentang cemburu buta ini bila aku terlihat terpandang terdengar dan segala macam ter yang berkaitan dengan cemburu ini. Apa untungnya punya perasaan cemburu buta?
Cemburu buta boleh dikatakan seperti cemburunya yang luar biasa sehinggakan hal-hal yang remeh temeh dijadikan sebab untuk melayan cemburunya. Cuba lihat situasi cemburu buta ini berlaku bila "boyfriend" atau "girlfriend" :

-mula cakap lama sikit di telefon dengan perempuan/lelaki lain walaupun ber"aku" engkau dengan si pemanggil.
-balik lewat kerana minum di mamak/ bershopping dengan rakan-rakan sejenis tapi dituduh menggatal.
-sekumpulan dengan lelaki/perempuan di dalam class yang memerlukan discussion di luar kelas dan perlukan meluangkan masa bersama atas nama untuk menyiapkan assignments.
-melihat comments comments atau wall to wall atau wallpost dengan perempuan/lelaki lain sedangkan hanya bercakap sesuatu yang tidak perlu untuk cemburu buta.
-mula bergiat aktif dengan society atau club-club di universiti dan mula berfikir mereka akan mula mendapat jodoh yang baru.
-tidak mengantar sms atau call setiap jam setiap minit, bimbang masa tersebut digunakan untuk orang lain.

Dapat apa yang aku cuba gambarkan? Malah senyum dengan model dalam iklan shampoo dalam iklan di kaca tv pun si dia cemburu. Alahai seksanya jadi pasangan yang cemburu buta terlebih ni. Ada juga yang cemburu dengan bola, haa jangan tak tahu. Bila si dia suka sangat tengok bola "tidur bola, makan bola, mandi bola, minum coca cola." eh coca cola pulak. Haaa sampai ke bola pun boleh menimbulkan cemburu tu. Kronik sungguh walhal bola itu tak bersalah.

Jangan dilayankan sangat cemburu buta yang boleh buat seseorang itu hilang akal, hilang toleransi. Masakan tidak hilang akal kemana sahaja kaki melangkah cemburunya pasti sentiasa ikut bagaikan bayang-bayang sendiri.

"Malah masuk tandas awam lama sikit pun dia boleh cemburu. Katanya di dalam tandas awam ada manusia dua alam sedang menunggu jantan macho."

Alamak. Mana pula dia tahu tandas awam lelaki ada penghuni dua alam? Pergh seram je dengar kalau tahap cemburu sampai ke tahap ini.

Aku juga punya pengalaman disalahkan dimarahkan dicacikan oleh kerana perasaan cemburu yang tidak rasional dari orang. Aku pernah disabitkan kesalahan "ingin rampas kekasih orang". Bunyi nya tidaklah seteruk mana tapi bebanan dan kata-kata yang dituduh lebih hebat mengalahkan tuduhan "menyimpan sekilogram ganja dalam poket seluar.
Penat nak menegakkan sesuatu yang dituduh kita buat walhal benda tu jauh sekali dari akal fikiran. Cara lembut sudah berkali-kali digunakan cara kasar akhirnya diterima. 

Aku sudah terangkan berjuta-juta kali aku tidak pernah sampai mengambil hak orang sedangkan aku pernah merasa sendiri hak aku diambil orang. Sakit. Jadi jangan takut, aku tidak punya perasaan untuk menyakitkan orang lain. Ingat itu! 

Eh terlebih sudah. Okay, berbalik dengan cemburu buta. Setiap orang punya perasaan cemburu, cuma depends kepada individu itu menentukan tahap kecemburuan mereka sendiri. Kalau terlampau cemburu, susah-susah sangat letakkan boyfriend atau girlfriend korang dalam peti besi, kunci, buang kunci dalam laut, gali lubang, timbus peti besi tu. Eh jangan lupa pulak dekat mana korang timbus peti besi tu, bimbang nanti tak terjumpa kekasih korang tu bila korang rasa nak jumpa dorang pula kan kan kan. 

Jangan sampai cemburu memakan diri sendiri. Yakin dengan mereka. Kalau ada jodoh tak kemana kalau takde jodoh tak kemana-mana.
Sekian. :)





okay! ini aku betul-betul cemburu! 
grrrr..



Monday, January 17

Him

Yes, i'm sooooo no i mean deeeply into him !
Each days when i see him, my heart's pounding and beating harder!
i wished i could talk to him and and knowing him personally.
yes HIM the only one i wanted to have!























Bhahaha! gottcha darling! Sorry! :D


well he's Paul Wisley or Stephan Salvatore in Vampire Diaries. Gosh! i'm stuck on him!
He's hot maaaaaaaaaaaan ! totally !! :D
nampak macam dah kronik kan aku ni?
Memang! after tgk vampire diaries lagi bertambah psycho! 
I love the way Paul Wisley acted as Stefhan Salvatore,
the way he talks to his girlfriend a.k.a Ellina, the way he treats her right and the way he protects and worries about her! ahhhhh i'm melting............ :D haha 
okay enough!
aku rase macam nak tampar diri sendiri je bila baca balik. HAHA. Well, best vampire diaries ni. Serious sembang! Eh tunggu apa lagi. Gi lah tengok! :)

Sunday, January 16

Saja Keluar

Keluar dengan satu tujuan.
Menghabiskan masa bersama rakan.
Tidak mahu bosan sendirian.


Tak boleh blah je kan ayat tu.
Saje je nak cakap minggu ni keluar dengan kawan-kawan.
Asyik terperuk je dalam bilik kat Sumayyah ni pun boleh jadi gila jugak lama-lama. HAHA.


Malas lah nak type banyak-banyak dah pukul 4.54 am. Mata dah pejam celik celik pejam je. Tengok je lah apa yang ada ni eh. Eh apa yang ada? Eh tengok je lah! 





















Nah. Ini hadiah! HAHAHA



Terima Kasih Sudi Membaca. 

:)

Oh rupa-rupanya wireless uia laju pukul 5 pagi. Sekian.

Friday, January 14

Cuba

Cuba ingin faham isi hati manusia
Cuba ingin masuk ke dalam minda
Cuba ingin selongkar rahsia
Cuba ingin rasa apa yang dirasa.





CUBA BERI AKU ITU. 
Aku Mahu.




Thursday, January 13

A girl

When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind
When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply
When a GIRL looks at u with eyes full of
questions,
She is wondering how long you will be
around
When a GIRL answers "i'm fine" after a
few seconds,
She is not at all fine
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention
When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once
When a GIRL says I love you,
She means it
When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future
When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that.
 




Wednesday, January 12

Tujuh Belas.

Haa ni bukan nak cerita sweet 17teen ke apa ke.
Sekarang ni kalau nak diikutkan tambah tolak darab bahagi kuasa dua square root sume dah bertambah assignments ! Sekarang ni assignments terkumpul dah 17 jenis! 

17 jenis? korang ada? haaa. tengok list pun dah berjela-jela belum buat lagi ni. Sume kerja pun pakat nak research paper,article review,research paper,article review,presentations. Haih. Nak mengeluh pun rase macam dah takde masa. Siapa kata TEASL course senang? Cecececite cecite!  Tu lah, sume course pun ada susah dia masing-masing. Jangan judge if pointer bagus sume mesti course senang je. Try tengok dulu lah apa yang terkandung tersirat. Baru boleh cakap senang ke susah. Belajar mana ada yang senang. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Ceh, kan dah emoo. HAHA. haa tu lah lain kali jangan cakap 

"Alah aku tengok TEASL kan senang je nak dapat pointer tinggi."

 Korang SALAH !haa kan dah emo lagi.


Tapi !

Walaupun aku sedar yang assignments terkumpul makin berkumpul tapi macam blurr nak buat yang mana satu. Serious otak beku tepu taktahu nak mula rasa tak tentu hala. Tolong ingatkan aku supaya rajin ya. HAHA


p/s: okay ,move on! :D

Sayang Tapi Tak Cinta.

Entry jiwang lagi minah ni. Nak ckp camtu lah kan? eeeh biarlah. Sibuk je tau. HAHA.


Well apa cerita disebalik title post di atas? Ini kan tajuk baru cerita Samarinda kat TV3. eh salah ke? rasenye betul kan? :D


Macam tertanya-tanya macam mana sayang tapi tak cinta?


Memang sebenarnye definisi sayang dengan cinta tak sama. Secara kasarnya memang nampak macam sama kan? 


"eh sayang dengan cinta tu sama je lah. dah sayang mestilah cinta."


Haa.. itu kurang tepat sebenarnye. Semua orang boleh cakap sayang pada mana-mana individu. Macam kita sayang kawan-kawan kita sendiri, keluarga, barang-barang peribadi ke apa2 je lah.


Tapi..


Cinta? definisi dia berbeza. Pernah tak kita cakap dekat kawan-kawan kita sendiri 


"weh aku cinta doh kat kau. jangan buat cmtu."


Tak kan? Mesti korang cakap.


"weh aku sayang doh kat kau. jangan buat camtu."


Kita macam akan cakap cinta ni kepada seseorang yang betul-betul kita rasa kita boleh keluarkan kata-kata hikmat ni. pergh taknak kalah pulak kata-kata hikmat kan? hihi. Korang sendiri mesti penah rasa macam nak cakap sayang dkt orang lagi senang dari cakap cinta. 


So apa yang sayang tapi tak cinta tu kan?
Aku sendiri pun susah nak terangkan, contohnya macam ni lah..


"aku sayang kamu tapi rasa cintaku sudah tak ada."


haa lebih kurang macam tu lah kalau bagi pasangan yang bercinta. Kalau yang tak bercinta tapi rapat-rapat tu atau dalam erti kata lain "scandal" HAHA.contoh dia macam ni..


"aku sayang kamu tapi belum sampai mencintai."


got it? 


lebih kurang macam tu lah. erk. malu pulak tulis entry cmni. rasa macam jiwang sangat boleh? Ahhh kau baca je lah. jangan banyak bunyi. :D


Well sebenarnya nak share something, saje je nak mengarut lebih-lebih dulu. HAHA.


Nah. Amik lah.. 


Cinta dan mencintai adalah perasaan semulajadi manusia. Setiap orang memerlukan cinta dan kasih sayang untuk hidup lebih indah dan bermakna. Cinta bukan hanya terhadap perempuan dan lelaki sahaja, cinta merangkumi sahabat, kaum keluarga, sesama Muslim dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah SWT.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tiada gunanya cinta yang dibuat-buat..
Untuk mencari cinta sejati, carilah sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bermakna mata saling berpandangan. Tapi lebih bermakna, bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya cintailah keperibadiannya bukan fizikalnya..
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.



So dah faham sekarang. bagus anak-anak murid. esok kita berbincang pasal topic lain pula ya? :D


bagi sesiapa yg sedang hangat melayari bahtera cinta mungkin ini boleh dijadikan panduan utk korang.hehe.
 mcm mcm cara kan sebenarnya kita leh express love kita kat someone. 
bkn dgn hanya kata kata je . 
action speaks louder than words sometimes .
sekian.
:) 

Friday, January 7

Fantasy

Sometimes I wonder if i'm just chasing a fantasy.



Thursday, January 6

Siapa Dia?

Siapa dia?
Bertukar pandang,
Senyum.
Setakat itu.
Tanpa nama.
Tanpa apa.
Cuma satu.
Pandang. 








Mungkin bertahun lagi atau mungkin tidak lagi.

Wednesday, January 5

Kerja Gila

Huh.... Mengeluh jadi pembuka kata untuk entry kali ni. Pasal apa mengeluh? Huhhh.. Mengeluh panjang sikit lagi sebelum jawab pertanyaaan tu. Mengeluh sebab kerja banyak berguni-guni. Semua menanti untuk diproses! Fiuh, baru masuk weeks keberapa dah boleh ada 10 assignments berbaris-baris ambil nombor untuk di proses. SEPULUH kot ! tak mustahil akan bertambah lagi next week. Macam naik gila dah. Semua subjects pun nak ada case study lah, report lah, interview sana sini lah. Dah macam skuad melodi segmen Terjah je dah nampak gayanya. Macam nak bercampur-campur dah dalam kepala ni. HAIH..Mengeluh panjaaaaaaang macam mana pun kene buat jugak lah. Redha je lah. Untuk masa depan anak-anak jugak nanti semua ni. Cewaaah. Tak boleh blah. Diam ah! eish! HAHA. 

Masa pun rase macam pendek je. Nak bercinta pun tak sempat. Eceh! Lagi sekali cewaah. Sembang taknak ribut je pulak kaan? Bhaha. Ada pulak i ni boyfriend? Jawapannya: TAKDE. dah dah jangan nak mula!

Kerja memang berguni-guni, tapi hormon Termalasi Terlebihi pun berguni-guni jugak. Ni mest kerja syaiton-syaiton yang macam dalam buku ASUH tu kan ada kat tepi-tepi ni.. Shoooh syaiton-syaiton kecil besar nyah kau dari sini ! 

Dah semakin mengarut karut je aku ni. Dari cerita assignments ke syaiton pulak. Lebih baik berhenti dulu sampai di s i n i.

Terkapai-kapai mengejar mencari yang tak pasti. 





Monday, January 3

Tawar Lah Hati

"Bila Perempuan Dah Tawar Hati Mcam Mana?"

Okay, bagi yang tanya soalan berikut, sila baca dan ambil nota ya? Kalau tanya lagi kena bayar eh. HAHA.

Jawapannya bila perempuan dah mula tawar hati, cuba rasa hati dorang, agak-agak tawar ke manis ke payau ke? Ngeeeh. Jangan melenting dulu. Tu main-main je. Okay serious serious. eheeem. :) 
Well, kalau perempuan dah mula tawar hati, dia akan start tak amik pusing lah apa yang berlaku ke atas korang ke or berkaitan dengan korang. Korang nak telan cicak hidup-hidup ke, nak berguling-guling atas rail ktm ke atau segala macam lagi perkara-perkara ganjil atau tidak ganjil yang korang try nak buat dorang tak amik port dah der. Tu lah bukan senang seseorang perempuan nak bagi tumpuan kat korang or macam ambik berat pasal korang. And once dorang dah give up and malas dah itu maknanya memang dah totally over dah tu or dia dah pun jumpe someone yang worth it untuk dia bagi tumpuan pulak. 

Jadi janganlah korang rase macam nak take it for granted je benda-benda ni semua. Selalunya kita akan mula sedar kita dah hilang something yang valuable once kita dah buang, tolak dia jauh-jauh dari kita. Hargai lah apa yang ada. 

Kadang-kadang kita takkan dapat apa yang kita nak. Kita akan terus mencari mengejar apa yang kita nak walhal sebenarnya kita dah jauh dari sesuatu yang kita tak nampak, yang sebenarnya selalu dengan kita susah dan senang.



Entry kali ni taknak pulak macam untuk lelaki kan?
Untuk semua orang pun boleh
Sekadar untuk menjawab soalan
No bias. :)

Sunday, January 2

Which one are you?


Bhahaha. Kelakar nak gelak guling-guling boleh ? Anyways i dalam category awesome people. Gila budget lah kan? Well eheem. korang yang mana? yang retards ke oldfags? ngeeeeh.. No offence people. Just wanna share those effing funny things i got from blogs walking here and there. macam cool kelakar je. So sharing is caring and caring is loving kan? Dah lari tajuk ni. -_-" 

bila kita sedih kita cari something yang boleh buat kita gelak.
its help.
trust me.
cause i did the same thing.
and its work.


Saturday, January 1

Happy New Year ! 2011 !



Happy New Year People !
May This 2011 Brings Joys and Happiness !

We will open the book.  Its pages are blank.  We who are going to put words on them ourselves. 

Tiktoktiktoktiktok. Dah new year dah pun. Sekejap je kan? Dah 2011. Semalam semua orang pun nak tengok bunga api, tak kesah lah dalam tv ke kat dataran ke kat stadium ke. Bunga api tu dah macam perkara wajib lah untuk new year. Kalau takde bunga api macam tak new year je kan? HAHA. And yang pasti semua orang akan start buat azam untuk 2011. 2010 pun entah capai ke tak tercapai pun kan? Takpe-takpe mana yang dah ada azam tu jangan segan jangan silu, tak salah pun ada azam tu. Kira bagus lah ada jugak niat tu kan. Macam-macam azam tahun baru yang kita semua boleh nampak, ada yang nak kurus, ada yang nak tinggi, ada yang nak kaya, kalau nak berazam nak pendek sikit boleh tak? HAHA. Well, apa-apa pun azam korang, harap semua tu ada lah yang lebih baik dari yang sebelumnya. Renung-renungkan dan Selamat Beramal. :P

Seronok dah beli jersey Chelsea! yeah!  :P