Tuesday, November 30

Tiba-tiba

Sekarang menunjukkan pukul 2.00 am. Macam biasa lah mata aku ni macam burung hantu lah bulatnya dan segarnye. Tak mengantuk langsung. Padahnye bila dah selalu sangat tidur lambat. Haa padan lah dengan muka sendiri kan. Dah tak boleh tidur ni apa lagi kerja aku, mesti lah On apa? Onlinee.. pandai kawan-kawan. HAHA. Memang online jee lah, on FB, dah reply comments, tgk profile pictures org yang baru update, tgk status, dah puas stalk org.. opppsss terlepas pulak. Tu kerja sambilan je mase2 renggang time cuti2 ni kan nak tahu update2 gossips2 semasa. Ahhh macam kau tak buat jugak kan? :D *ayat nak cover camtu lah* HAHA.

Macam mana nak bagi tidur ni, makan dah, tgk tv pun dah, dgr lagu-lagu dah jugak, movie marathon takyah sebut lah. Bayangkan lah korean series yg berbelas episodes tu pun aku boleh ulang tayang dalam mase sehari jee. Gila kronik dah ni. Bace novel tahap jiwa-jiwa kapas pun dah layan. Pergh sedih je bace. Haha. So ape lagi kat diary alam maya ni gak lah aku gi. Nak tulis diary buku tu aku dah malas nak tulis, lagipun karang mesti aku sorok bawah katil ke dalam drawer penuh baju2 ke, bawah carpet ke mesti kantoi je dengan tiah or along. Pastu ape lagi kene bahan. Ish fed up lah nak tulis diary dah. Nak kene sorok lagi satu hal. Untuk langkah keselamatan baik takyah. Susah kalau ada mama juwie kat rumah ni. Haha. *kalau sape yang taktahu mama juwie tu apa, sila google eh, tu pun kalau ada lah info pasal dia.* :D

Tiba-tiba.. eceeh baru nak masuk title post sebenarnye kan..mukadimah mcm haram taknak panjang lah pulak kan..haha. kene lah ada intro sikit baru masuk body paragraph then baru lah ada conclusion kan? kalau tak nnt jadi lah essay yang tergantung yang menyampah utk dibaca walaupun cepat untuk disemak. erk apa ni. haha. ok back to tiba-tiba.. tiba-tiba..

*bape banyak kali tiba-tiba ni?* haha.. 

ok tiba-tiba aku macam terindu dekat sorang kawan ni. Terrindu.. imbuhan tak boleh blah kan? haha ye lah secara tak sengaja terindu pulak dekat sorang kawan aku ni. herm. dia takde lah lama sgt kenal. baru je lah dalam this year. kenapa terindu? bagus soalan tu.. next? hahaha. sebab rindu dia macam agak lama tak bergelak ketawa dan berkongsi cerita sama-sama. Rindu pulak nak dengar dia nyanyi, nak dengar dia bercerita, dengar dia bagi teka teki, dengar dia kelam kabut lari nak menyorok dari terkantoi bergayut. HAHA. Siapa dia? shhhh rahsia..  :) Dia antara orang yang banyak tahu rahsia aku sebenarnye. Itu pun kalau dia sedar lah. Dia ada jugak pernah ckp 

"dah tahu sebahagian cerita hidup u dah ain." 

oh okay, banyak jugak aku dah cerita dekat dia rupanya. Mesti bosan dah kan? HAHA Ingat lagi masa kene saman dengan pak guard because masuk mahallah lambat padahal tak lambat mana pun lah, mmg tengah stress time tu..bayangkan lah dah kene saman kali ke-4..pfttt taknak banyak pulak saman tu kan. Stress mmg takyah ckp lah. So dia ni lah yang bagi aku gelak time aku stress gila time tu. HAHA. Tu adalah di antaranya lah, banyak lagi benda yang dia buat bagi aku gelak.

Tapi lately dah jarang dah communicate dengan dia. Maybe dia busy or ada problems ke ape ke kan. So macam agak dull jugak lah life since dia dissapeared kejap. And td dapat a text from dia ckp the reason why dia hilang kejap. So mcm okay. HAHA. 

Sebenarnye macam dah hilang idea nak tulis apa td macam banyak je benda nak tulis kat sini tiba-tiba hilang pulak. HAHA. tp isi penting ada lah kat atas ni kan. Kalau rase boring dengan post ni sorry lah eh walaupun title "tiba-tiba" tu mcm ada unsur2 suspense tapi mcm mendap pulak rase cerita ni kan. Sape suh bace sampai habis. Padan Muka ! lain kali jangan terpedaya ngn title post ye. :D

Kepada dia: Sorry eh kalau kadang-kadang tahu saya ni memboringkan, saya ni tak pandai sgt nak buat lawak gila-gila, lawak-lawak gediksantai pun kurang. nnt saya baca komik gila-gila banyak2 eh. :) Sorry jugak sbb mcm banyak cerita kisah hidup ni. Mesti stress je pehal minah ni byk betul cerita kan. And and sorry banyak susah kan mintak tolong itu ini. And sorry jugak for everything. Jangan jadi chipsmore jugak tau. :) 
Friends for eternity yea. :)




Ini lah Dia. Oppss silap ini Vallentino Rossi. :D

*tak terasa mcm banyak HAHA ke dalam post kali ni? Kaaan? Jadi dengan ini saya isytiharkan Hari Gelak Sebentar Bersama Ain* HAHAHAHA.* 



Monday, November 29

Zooey Deschanel

Zooey Deschanel is my current obsession.
From her bulging and beautiful eyes to her quirky and fun style. I just love her. :D









Beautiful and talented

:)



Saturday, November 27

Orang cakap

Orang ckp kita kene jadi peramah, ramah dengan semua orang. Nanti kalau kita tak banyak cakap, orang cakap kita sombong. Tapi bila kita terlebih ramah orang salah anggap. Ada yang ckp..

"eh gedik pulak perempuan ni aku tengok." 
"eh mulut takleh diam siak, serabut doh aku dengan dia."

Aku rase korang pun mest pernah experienced benda camni kan? Tak kira lah korang lelaki ke perempuan ke kan. So ada tak korang penah terfikir korang nak jd friendly down to earth ke korang nak menyombong sikit. Bila korang start menyombong sikit ada pulak angin-angin busuk hembus..

"eh, budget hot lah doh, ingat hensem/lawa sgt ke kan?"

serabut tak korang rase kalau macam tu? berani potong kuku lah korang akan ada terdetik fikir korang nak jd cmane kan? Entah maybe kita semua ni kena jadi natural je. mcm korang belajar Science dulu2 kan, sorry lah aku tak amik bio mase form 5 dulu, ok berbalik kepada natural. Ye lah kita tak boleh kepada alkali sangat tak boleh kepada acid sangat kan. So be natural.

Based on experience aku sendiri, aku rase aku terlampau senang bagi orang walk in and out of my life. Aku dah start perasan dah benda ni. Orang-orang yang wujud kat sekeliling aku ni macam chipsmore, kejap ada kejap takde. macam dalam iklan tu. ingatkan gaya budak tu buat kejap ada kejap takde. Tapi aku still bersyukur ada jugak yang still remain dalam hidup aku sampai sekarang, yang tahu susah senang aku, naik turun aku, sedih gembira aku. Aku bertuah ada dorang dkt sebelah aku bila aku perlukan dorang and tak perlulah mention nama dorang dekat sini sbb aku rase dorang sendiri tahu dorang siapa, yang still ada dengan aku sampai sekarang.

So, aku rase aku kene ubah cara aku. Cara apa? itu biar aku je yang tahu. Kalau ada yang terperasan perubahan tu, akan nampak lah. Bila kita terlebih friendly macam korang tahu lah kan, jenis masuk je dengan semua orang mcm2 spekulasi yang timbul. itu ini itu ini. and bila kita dah terbiasa dengan someone share everything ke apa tibe2 dia pufff hilaaang secara tiba2 korang akan rase things turns out to be so weird. mcm ada something wrong somewhere mcm korang hilang benda yang korang jaga tak jumpe2 dah. Lebih kurang mcm tu lah nak digambarkan. Pilihan semua kat tangan kita sendiri samaada kita nak jadi yang mcm orang cakap atau jadi apa yang diri kita rasa terbaik. Sbb badan orang lain tak rasa apa yang badan kita rasa. 

Jadi renung-renungkan dan Selamat berfikir. :)

"Never put too much hope in someone,because they are going to disappoint you"


Aku tahu post aku kali ni ada  unsur-unsur emo terlebih atau jiwa kacau sikit. Maaf ya.

Thursday, November 25

Frustrated

Frustrated


D
I
S
S
A
P
O
I
N
T
E
D

Yes I am. herm. 
Goodbye.
Good Night.

Wednesday, November 24

Closer

Tiktoktiktok masa berjalan. Cepat je. Td kite tgk jam baru pukul 2 but rase mcm baru berape minit je tak tgk jam kat dinding tu sekali tgk dah nak dkt pukul 6. Wedding along makin dekat. 
Hari rabu next week ada kenduri doa selamat, jumaat pulak along nikah, sabtu wedding reception sebelah family sini and ahad pulak sebelah abg wan. busybusybusy. yeap exactly. penat sgt kemas rumah sume.
But above all this, sgt happy sbb along nak kahwin dah. rase mcm aaaa nak kahwin dah kakak aku sorang ni. mcm tak percaya je. :) dulu mcm2 benda share dgn dia ni. dr A sampai Z lah dgn dia. so after this mcm terbatas lah sikit kan. takkan nak gi manja2 ngn dia lagi after dia ada husband kan. eeee segaaan. haha. I hope everything will go smoothly and according to what was planned. Amin. 



Kawan-kawan semua jemput hadir! :) 

Monday, November 22

Almost Lover

Your fingertips across my skin 
The palm trees swaying in the wind 
Images
You sang me Spanish lullabies 
The sweetest sadness in your eyes 
Clever trick 

Well, I never want to see you unhappy 
I thought you'd want the same for me 

Goodbye, my almost lover 
Goodbye, my hopeless dream 
I'm trying not to think about you 

Can't you just let me be? 
So long, my luckless romance 
My back is turned on you 
Should've known you'd bring me heartache 
Almost lovers always do 

We walked along a crowded street 
You took my hand and danced with me 
Images 
And when you left, you kissed my lips 
You told me you would never, ever forget 
These images 

Well, I'd never want to see you unhappy 
I thought you'd want the same for me 

Goodbye, my almost lover 
Goodbye, my hopeless dream 
I'm trying not to think about you 
Can't you just let me be? 
So long, my luckless romance 
My back is turned on you 
Should've known you'd bring me heartache 
Almost lovers always do 

I cannot go to the ocean 
I cannot drive the streets at night 
I cannot wake up in the morning 
Without you on my mind 
So you're gone and I'm haunted 
And I bet you are just fine 


Did I make it that easy
To walk right in and out of my life? 

Goodbye, my almost lover 
Goodbye, my hopeless dream 
I'm trying not to think about you 
Can't you just let me be? 
So long, my luckless romance 
My back is turned on you 
Should've known you'd bring me heartache 
Almost lovers always do. 



A fine Frenzy

Thursday, November 18

Soon

  1. Pergi Zoo Negara.
  2. Main Layang-layang.
  3. Naik belon udara.
Memang dah lama nak 3 benda ni but still tak tercapai lagi. YES STILL TAK. since first sem kat gombak lagi dah plan sume ni. tambah tolak darab bahagi kuasa dua pai chart sume dalam nak dekat setahun jugak lah tapi apa nak buat tak kesampaian. sedih tak? sedih lah sikit. come on lah. haha.
Soon akan tercapai jugak sume ni. oh mmg jeles tgk pictures2 orang upload gi tempat2 ni. sebab nak jugak pergi nak jugak. huhu.
 
TAKPE NANTI SAYA AKAN BUAT JUGAK TIGA BENDA NI. TAKPE SAYA BOLEH BUAT SENDIRI. TERIMA KASIH.

Wednesday, November 17

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. :)

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam kesabaran
Melihatkan keteguhan iman, keikhlasanan hati anaknya Nabi Ismail
Disitulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN.



Google google jumpe ni. comel kan? 


yang ni hensem dan cool.. hai hai.. :D



Tuesday, November 16

Untuk bakal suami ku.

Haa gelabah lah tu ingat aku nak kawin ke? Jangan risau sume saya calon pun takde lagi tapi macam rase nak bagi pesanan or bak kata org wish list untuk bakal suami saya nanti. Apakah? Ahh jangan banyak tanye. Bace sudah. Kalau awak rase diri awak tu bakal suami saya haa bawak lah belajar sume2 ni. InsyaAllah ada jodoh tak kemana kita. Eceh ckp yoyo o je mcm ada je yang tunggu. Perasan punye budak kan. Haha. Ah diam sekarang ni baca. Ehemm.okayy..

Kehadapan kekanda bakal suamiku, adinda..

Eee..cancel cancel geli pulak.. lagi sekali ok?

Awak, saya tak mintak banyak dari awak cume,

1. Sentiasa jaga saya dalam apa pun yang berlaku, saya tahu kadang-kadang saya ni bakal termengada sikit-sikit. Sikit je awak. Bukan ngade-ngade apa, saya cume nak awak belikan jersey bola, nak awak bawak saya main laying-layang, berkelah tepi laut, pergi zoo je awak hari-hari minggu. Tak susah kan? :P

2. Sentiasa berdoa. Saya nak jd makmum awak nanti. Awak tak bace doa dalam arab pun takpe awak asalkan awak doa, saya pun bukan faham sgt kalau bahasa arab. Dalam bm pun takpe awak. Janji awak ikhlas dan saya akan amin kan. Jangan doa awak nak lembutkan hati saya bagi awak kahwin lain sudah lah ye. Tu kita bincang lain ok.

3. Sentiasa bertolenransi. Saya tahu nanti kita akan ada dua keluarga. Jadi kita kene dahulukan keluarga. Mest nanti kita akan pilih nak balik raya mana dulu kan. Takpe first year raya sama-sama saya ikut suami dulu ok. Lepas tu gilir-gilir lah pulak. Saya buat buku record jangan risau.

4. Sentiasa senyum dan gembira. Saya takmau tengok awak sedih-sedih atau stress. Sbb saya takut. Haha. Lelaki kalau sedih or stress muka mest masaaaaaam je.. eee takut.

5. Sentiasa mendengar. Awak saya kadang-kadang mmg banyak cakap. So awak dengar je okay. Kalau awak penat takmau dgr pun awak senyum je. Jangan lah buat muka cekodok je bila saya cerita, sedih lah kalau kita cerita tapi muka org yang dengar tu mcm muka nak mintak buku lima kan.

6.  Sentiasa bersederhana. Saya takmau awak membazir tak tentu hala. Cukuplah dengan apa yang ada. Janji kita happy, simple and selesa. Saya takut kene rompak, pecah masuk rumah sume tu. Kalau ada duit lebih kita gi haji, kita bagi mak ayah..setuju?

7. Sentiasa membantu. Haaa ini penting. Awak jangan lah nak harap kat saya sorang je nak handle sume. Nanti saya pun penat jugak awak. Macam-macam kerenah students saya kene handle. Mungkin nanti saya akan kene darah tinggi. Kan cikgu-cikgu lecturer-lecturer sekarang banyak yang kene darah tinggi sbb students. so awak kene lah rajin-rajin tolong basuh pinggan ke, angkat kain ke, kemas-kemas sikit-sikit ke.. haaa mmg saya sayang awak extra extra lah mcmtu, berat sama dipikul ringan sama dijinjingkan.:)

8. Sentiasa berkongsi. Saya nak awak share semua benda dengan saya. Maksud saya masalah semua lah tau awak. Saya takmau awak simpan sorang-sorang. Saya nak rase susah same senang dengan awak bukan senang je sama-sama boleh?

9. Selalu percaya. Walau apa pun yang jadi saya nak awak percaya dengan saya. Kalau saya cakap yang wak dol sebelah rumah kita ni gatal ngorat-ngorat saya awak kene percaya yang bukan saya yang menggatal tapi wak dol tu yang gatal tau.

10. Sentiasa jadi awak. Awak please jangan berubah. Jadi diri awak macam awak selalunya. Jangan nanti semua berubah jadi lain. Tiba-tiba awak bertukar jadi hulk. Huish jangan awak, kalau jadi superman ke iron man red suit ke takpe, saya suka. Haha.

Okay. Ni je awak yang saya rasa saya nak setakat ni. Kalau ada sebarang penambahan saya akan tambah kemudian okay. Hihi.

Cara macam dah ada je kan aku ni. Cuti-cuti ni apa salahnye kalau berangan lebih sikit. Tak kene bayar kat kau pun kaaaaaaaann.. :D

  
:)


oppss kantoi. terupload picture bakal suami pulak.
:D

Monday, November 15

Merdeka!!

Oh yeaah! say it out laud ! i can't hear youuu..hahah. okay poyo dah dah. just nak bagitau saya dah merdeka, merdeka dari finals..Alhamdulilah, okayy saya tahu saya antara insan-insan terpilih yang lambat habis exam. Biarlah org nak ckp dah lambat ke apa ke, yang penting hati ku girang. Girang sekejap before results keluar lah. ahhh cerita pasal result pulak pehal. yeay. happy gila. and now dah sampai di rumah tercinta, rumah manis rumah ohh exactly. haha. Misi utk cuti sebulan ni apa? good question. saya nak bangun awal pagi dan jogging. haha. gelak gelak. benda betul lah. nak melupuskan segala yang tak patut ada. tu pun kalau kuat menahan diri dari cobaan. mungkin juga berjaya. haha. kita nantikan.. :P



Thursday, November 11

Tiktoktiktok

Ahhh rase lambat sangat masa ni jalan. Tak sabar dah nak balik umah, nak makan banyak-banyak, nak tido kat katil sampai kene marah, nak tgk tv puas-puas, nak online sampai lebam, nak skype nak fb sampai muntah darah. walaupun kene kemas umah hari-hari, kene basuh pinggan, lipat baju, sapu umah, ain tak kesah dah mama, yang penting sekarang nak balik.
TAPI..
lagi 3papers kene jawab. duhh stress gila boleh. bukak je pintu bilik budak bilik depan dah angkut beg besar dah nak balik, bilik atas dah byebye dah, roomates pun dah takde sume dah. nasib baik ada ifty teman tido lah tp, kalau tak mmg tido luar taknak tido dalam bilik. TAKUT. haha.
Grammar on the 13th nov 230 pm.. understanding students with special educational needs 9 am and The organization of the school cocurriculum 230pm. 2papers terakhir ni mmg sakit lah sangat, mest tak concentrate lah bila malam tu dah fikir nak balik kan. haih. 
Tambah-tambah pulak dah beli ticket nak balik lagi lah excited nak balik. hari-hari tgk ticket dlm purse. Mcm nyawa dah ticket tu sekarang, kalau ape2 terjadi kat ticket tu mmg meroyan gila. haha. 
Ok dah, nak gi study tgk buku bukan muka buku ye kwn-kwn. Pada yang dah nak pulang tu. Selamat Pulang diucapkan. Happy hols peeps. See you next semester. :)



Saya gembira je sape ckp saya sedih.

Monday, November 8

Secrets

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kind of boring
Need something that i can confess

Till all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no, I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that'll like those ears
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm Gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like were chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars

And everyday I see the news
All the problems we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight to cold?
I don't really like my flow, no, so

Got no reason
Got no shame
Got no family
I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

All my secrets away 



one republic.

Friday, November 5

Barely

I better stop now. Stop fooling myself around. Stop being so dumb. Stop chasing something that ain't coming, ain't see even a glimpse of myself. i barely breathing. Better stop right now. Will AGAIN be better in time.

Thursday, November 4

Sick

Homesick ?
Yes I am !!
I wanna go hooomee..
:'(

Monday, November 1

Dulu Sekarang

Dulu kita baik
kita selalu cakap
kita selalu sembang
kita selalu ketawa
kita selalu bercerita
kita selalu bergurau senda

Tapi sekarang
kita dah tak bercakap
kita dah tak bersembang
kita dah tak ketawa samasama
kita dah tak bercerita
bergurau senda lagi lah jarang

kadang-kadang saya fikir
awak ingat lagi tak tentang dulu
mesti tak kan
sebab dulu bagi awak cuma sekejap

Sekejap untuk awak bercakap
sekejap untuk awak bersembang
sekejap untuk awak ketawa
sekejap untuk awak bercerita 
sekejap untuk awak bergurau senda

Sekejap bagi awak tapi lama untuk saya
Sekejap untuk awak tinggalkan lama untuk saya
Sekejap awak nak lupakan lama bagi saya

Mungkin saya ni membosankan
mungkin saya ni tak macam yang lain
mungkin semua salah saya

Tapi takpe,
awak teruskan berjalan
semoga satu hari nanti awak akan terlintas apa yang ada tertinggal di belakang.

What's the story?

this is about a girl who loves a guy so much
at first she didn't even realize it
all she knew, there were some things changing in herself
she felt weird but couldn't figured what were those sensations about
all she knew, she couldn't seem comfortable when he's around
she started to worry about everything whenever he looked at her
as time went by, she figured why
she has accidentally fell for him
she has fallen deeply, beautifully and unconditionally in love with him
she is head over heels with him
she hopes he feels the same way
because her little world is fulfilled with him
his name is all over the place
she can't get rid of him no matter how hard she has tried
she loves him
so much
and maybe a little too much
----------------------------
he does not know
he does not even notice
his body languages tell his all
he doesn't know how much he has been hurting her
he doesn't know the simple things he had done makes her fall even deeper
he knows nothing
yes he is clueless
he doesn't even seem interested to get to know her
what hurts the most is he never intended to catch her in the first place
leaving the girl being sucha dummy alone
leaving the girl holding her feelings inside
and eventually breaks her heart
the best thing he can do is recognizing the girl as "someone" instead of "stranger"
that's the furthest thing
the girl's feeling is leading her nowhere but an extremely unbearable pain.