Tuesday, November 16

Untuk bakal suami ku.

Haa gelabah lah tu ingat aku nak kawin ke? Jangan risau sume saya calon pun takde lagi tapi macam rase nak bagi pesanan or bak kata org wish list untuk bakal suami saya nanti. Apakah? Ahh jangan banyak tanye. Bace sudah. Kalau awak rase diri awak tu bakal suami saya haa bawak lah belajar sume2 ni. InsyaAllah ada jodoh tak kemana kita. Eceh ckp yoyo o je mcm ada je yang tunggu. Perasan punye budak kan. Haha. Ah diam sekarang ni baca. Ehemm.okayy..

Kehadapan kekanda bakal suamiku, adinda..

Eee..cancel cancel geli pulak.. lagi sekali ok?

Awak, saya tak mintak banyak dari awak cume,

1. Sentiasa jaga saya dalam apa pun yang berlaku, saya tahu kadang-kadang saya ni bakal termengada sikit-sikit. Sikit je awak. Bukan ngade-ngade apa, saya cume nak awak belikan jersey bola, nak awak bawak saya main laying-layang, berkelah tepi laut, pergi zoo je awak hari-hari minggu. Tak susah kan? :P

2. Sentiasa berdoa. Saya nak jd makmum awak nanti. Awak tak bace doa dalam arab pun takpe awak asalkan awak doa, saya pun bukan faham sgt kalau bahasa arab. Dalam bm pun takpe awak. Janji awak ikhlas dan saya akan amin kan. Jangan doa awak nak lembutkan hati saya bagi awak kahwin lain sudah lah ye. Tu kita bincang lain ok.

3. Sentiasa bertolenransi. Saya tahu nanti kita akan ada dua keluarga. Jadi kita kene dahulukan keluarga. Mest nanti kita akan pilih nak balik raya mana dulu kan. Takpe first year raya sama-sama saya ikut suami dulu ok. Lepas tu gilir-gilir lah pulak. Saya buat buku record jangan risau.

4. Sentiasa senyum dan gembira. Saya takmau tengok awak sedih-sedih atau stress. Sbb saya takut. Haha. Lelaki kalau sedih or stress muka mest masaaaaaam je.. eee takut.

5. Sentiasa mendengar. Awak saya kadang-kadang mmg banyak cakap. So awak dengar je okay. Kalau awak penat takmau dgr pun awak senyum je. Jangan lah buat muka cekodok je bila saya cerita, sedih lah kalau kita cerita tapi muka org yang dengar tu mcm muka nak mintak buku lima kan.

6.  Sentiasa bersederhana. Saya takmau awak membazir tak tentu hala. Cukuplah dengan apa yang ada. Janji kita happy, simple and selesa. Saya takut kene rompak, pecah masuk rumah sume tu. Kalau ada duit lebih kita gi haji, kita bagi mak ayah..setuju?

7. Sentiasa membantu. Haaa ini penting. Awak jangan lah nak harap kat saya sorang je nak handle sume. Nanti saya pun penat jugak awak. Macam-macam kerenah students saya kene handle. Mungkin nanti saya akan kene darah tinggi. Kan cikgu-cikgu lecturer-lecturer sekarang banyak yang kene darah tinggi sbb students. so awak kene lah rajin-rajin tolong basuh pinggan ke, angkat kain ke, kemas-kemas sikit-sikit ke.. haaa mmg saya sayang awak extra extra lah mcmtu, berat sama dipikul ringan sama dijinjingkan.:)

8. Sentiasa berkongsi. Saya nak awak share semua benda dengan saya. Maksud saya masalah semua lah tau awak. Saya takmau awak simpan sorang-sorang. Saya nak rase susah same senang dengan awak bukan senang je sama-sama boleh?

9. Selalu percaya. Walau apa pun yang jadi saya nak awak percaya dengan saya. Kalau saya cakap yang wak dol sebelah rumah kita ni gatal ngorat-ngorat saya awak kene percaya yang bukan saya yang menggatal tapi wak dol tu yang gatal tau.

10. Sentiasa jadi awak. Awak please jangan berubah. Jadi diri awak macam awak selalunya. Jangan nanti semua berubah jadi lain. Tiba-tiba awak bertukar jadi hulk. Huish jangan awak, kalau jadi superman ke iron man red suit ke takpe, saya suka. Haha.

Okay. Ni je awak yang saya rasa saya nak setakat ni. Kalau ada sebarang penambahan saya akan tambah kemudian okay. Hihi.

Cara macam dah ada je kan aku ni. Cuti-cuti ni apa salahnye kalau berangan lebih sikit. Tak kene bayar kat kau pun kaaaaaaaann.. :D

  
:)


oppss kantoi. terupload picture bakal suami pulak.
:D

No comments:

Post a Comment