Wednesday, January 19

Cemburu buta.

Cemburu dan buta.
Kalau digabungkan dikolaborasikan akan menjadi cemburu buta. Bukan kolaborasi ana rafalli dengan zahiril adzim ya.
Apa yang kita nampak dengan perkataan cemburu itu sendiri.
Cemburu mesti, oh bukan PASTI adalah perkataan yang lebih sepadan untuk dikaitkan dengan pasangan bercinta. 
Buta? buta apabila kita tidak dapat lagi melihat walau sedikit cahaya. Tak terasa nikmat indah yang dikurniakan Tuhan untuk melihat.
Cemburu buta apabila pasangan yang bercinta bermadu kasih mula punya perasaan cemburu yang berlebih-lebihan atau tidak berpada lagi. Cemburu juga sering dikaitkan dengan perempuan namun, lelaki juga tidak terlepas dari perasaan cemburu buta. Ya, ini semua aku dapat dari pengalaman sekeliling juga, ya aku dulu juga punya perasaan cemburu. Tapi itu dulu, kini aku "lone ranger". Mungkin aku cuma cemburu bila zahiril adzim sudah punya kekasih hati. Eh zahiril adzim lagi? siapa dia? cuba lah cari sendiri ya.

Aku mula tergerak untuk menulis tentang cemburu buta ini bila aku terlihat terpandang terdengar dan segala macam ter yang berkaitan dengan cemburu ini. Apa untungnya punya perasaan cemburu buta?
Cemburu buta boleh dikatakan seperti cemburunya yang luar biasa sehinggakan hal-hal yang remeh temeh dijadikan sebab untuk melayan cemburunya. Cuba lihat situasi cemburu buta ini berlaku bila "boyfriend" atau "girlfriend" :

-mula cakap lama sikit di telefon dengan perempuan/lelaki lain walaupun ber"aku" engkau dengan si pemanggil.
-balik lewat kerana minum di mamak/ bershopping dengan rakan-rakan sejenis tapi dituduh menggatal.
-sekumpulan dengan lelaki/perempuan di dalam class yang memerlukan discussion di luar kelas dan perlukan meluangkan masa bersama atas nama untuk menyiapkan assignments.
-melihat comments comments atau wall to wall atau wallpost dengan perempuan/lelaki lain sedangkan hanya bercakap sesuatu yang tidak perlu untuk cemburu buta.
-mula bergiat aktif dengan society atau club-club di universiti dan mula berfikir mereka akan mula mendapat jodoh yang baru.
-tidak mengantar sms atau call setiap jam setiap minit, bimbang masa tersebut digunakan untuk orang lain.

Dapat apa yang aku cuba gambarkan? Malah senyum dengan model dalam iklan shampoo dalam iklan di kaca tv pun si dia cemburu. Alahai seksanya jadi pasangan yang cemburu buta terlebih ni. Ada juga yang cemburu dengan bola, haa jangan tak tahu. Bila si dia suka sangat tengok bola "tidur bola, makan bola, mandi bola, minum coca cola." eh coca cola pulak. Haaa sampai ke bola pun boleh menimbulkan cemburu tu. Kronik sungguh walhal bola itu tak bersalah.

Jangan dilayankan sangat cemburu buta yang boleh buat seseorang itu hilang akal, hilang toleransi. Masakan tidak hilang akal kemana sahaja kaki melangkah cemburunya pasti sentiasa ikut bagaikan bayang-bayang sendiri.

"Malah masuk tandas awam lama sikit pun dia boleh cemburu. Katanya di dalam tandas awam ada manusia dua alam sedang menunggu jantan macho."

Alamak. Mana pula dia tahu tandas awam lelaki ada penghuni dua alam? Pergh seram je dengar kalau tahap cemburu sampai ke tahap ini.

Aku juga punya pengalaman disalahkan dimarahkan dicacikan oleh kerana perasaan cemburu yang tidak rasional dari orang. Aku pernah disabitkan kesalahan "ingin rampas kekasih orang". Bunyi nya tidaklah seteruk mana tapi bebanan dan kata-kata yang dituduh lebih hebat mengalahkan tuduhan "menyimpan sekilogram ganja dalam poket seluar.
Penat nak menegakkan sesuatu yang dituduh kita buat walhal benda tu jauh sekali dari akal fikiran. Cara lembut sudah berkali-kali digunakan cara kasar akhirnya diterima. 

Aku sudah terangkan berjuta-juta kali aku tidak pernah sampai mengambil hak orang sedangkan aku pernah merasa sendiri hak aku diambil orang. Sakit. Jadi jangan takut, aku tidak punya perasaan untuk menyakitkan orang lain. Ingat itu! 

Eh terlebih sudah. Okay, berbalik dengan cemburu buta. Setiap orang punya perasaan cemburu, cuma depends kepada individu itu menentukan tahap kecemburuan mereka sendiri. Kalau terlampau cemburu, susah-susah sangat letakkan boyfriend atau girlfriend korang dalam peti besi, kunci, buang kunci dalam laut, gali lubang, timbus peti besi tu. Eh jangan lupa pulak dekat mana korang timbus peti besi tu, bimbang nanti tak terjumpa kekasih korang tu bila korang rasa nak jumpa dorang pula kan kan kan. 

Jangan sampai cemburu memakan diri sendiri. Yakin dengan mereka. Kalau ada jodoh tak kemana kalau takde jodoh tak kemana-mana.
Sekian. :)





okay! ini aku betul-betul cemburu! 
grrrr..



2 comments: